Ahad, 26 Mei 2024

SCAM CHINA CEPAT KAYA


Rakyat Cina komplot

 tipu skim penipuan 

pelaburan tak wujud

 – MHO
KUALA LUMPUR – Seramai 26 pengadu rakyat tempatan berputih mata apabila tertipu dengan satu skim pelaburan tidak wujud ditawar oleh sebuah syarikat kitar semula sehingga menyebabkan kerugian lebih RM500, 000.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa (MHO),  Hishamuddin Hashim, rata-rata mangsa terkejut apabila menyedari telah ditipu tampil membuat aduan dengan pihaknya sebelum laporan polis beramai-ramai dibuat baru-baru ini.

Beliau berkata, pelaburan itu didakwa bukan sahaja tidak wujud sebaliknya dipercayai mempunyai unsur jenayah telah dilakukan bersama-sama oleh sindiket tempatan dan warganegara China yang mana syarikat itu didaftarkan di Malaysia manakala pengarahnya dari China.

“Lebih mengejutkan apabila syarikat yang berselindung di sebalik projek-projek kitar semula mendakwa kebanyakan skim pelaburan ini berasal dari Amerika Syarikat (AS). Untuk menarik hati mangsa, kononnya syarikat ini bekerjasama dengan syarikat di AS.

“Mangsa dijanjikan pulangan dividen lumayan serta manfaat-manfaat lain yang ditawarkan dari masa ke semasa. MHO syak janji-janji tersebut tidak benar dan tidak wujud kerana mangsa- mangsa tidak pernah terima langsung sebarang bayaran dividen atau pulangan selama ini,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sambung Hishamuddin yang juga seorang pengamal undang-undang, modus operandi sindiket itu dengan mencari mangsa berminat pelaburan melalui ejen-ejen pemasaran selain iklan terbuka.

“Akhirnya mangsa bukan sahaja pelabur itu sebaliknya juga ejen-ejen yang ditawarkan pekerjaan mengiklan dan mempromosi pelaburan tidak wujud ini.


“Memandangkan sindiket ini bertopengkan syarikat projek kitar semula, maka mangsa yakin pelaburan ini sahih. Wang pelaburan yang merupakan simpanan mangsa itu diserahkan bagi tujuan projek-projek itu manakala mangsa juga hanya diberikan resit pembayaran tidak formal serta cop,” ujarnya.

Tambah beliau, pihaknya akan menggunakan peruntukan undang-undang bagi mendedahkan operası syarikat ini yang secara terbuka melakukan sindiket ‘scammer’ ini untuk sekian lama

NAK CEPAT KAYA

KENA TIPU

KAH KAH KAH

INI SINDIKET

CHINA MERAH

MASUK SEBAGAI

PELANCUNG

KERJA MENIPU

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

DAP mana paham benda nie.. dia bawak masuk sbb nak mengentot bangsa dia free of charge