Rabu, 5 Jun 2024

DASAR DILUAR TABII



Malaysia kekal pendirian larang masuk kapal, kontena syarikat Israel


PUTRAJAYA: Kabinet tegas dengan pendirian untuk tidak membenarkan kontena dari syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM, daripada memasuki negara ini.

Jurucajap Kerajaan Perpaduan merangkap Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, berkata kontena syarikat perkapalan itu dikesan cuba dibawa masuk beberapa syarikat lain yang menyewa kontena dari syarikat berkenaan.


"Dalam mesyuarat (Kabinet) hari ini, kita dapat maklum balas dan penegasan daripada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) bahawa yang dikawal di pelabuhan, sebarang kapal dari syarikat ZIM tidak dibenarkan masuk ke pelabuhan di Malaysia.

"Sementara kontena, juga tidak dibenarkan. Bagaimanapun dalam beberapa keadaan, kadangkala bukan kapal ZIM yang bawa kontena ZIM, tapi kontena ini disewakan kepada syarikat lain untuk dibawa atas kapal mereka.

"Pemantauan dibuat secara rapi dan sudah diputuskan (Kabinet) tidak membenarkan kontena ini dibawa masuk ke negara. Apa yang berlaku di sempadan Perlis itu adalah selaras dasar kerajaan," katanya pada sidang media di sini.

Terdahulu, beliau hadir menyempurnakan Majlis Pengumuman Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 di kementeriannya di sini, hari ini.



WOIT

INI DASAR

DILUAR TABII

KAH KAH KAH

KAPAL ISRAEL

DI LARANG MASUK

AMIN

TAPI 39 LAPANGAN

TERBANG DI JUAL

PADA  ZIONIS

AMIN

INI BETUL

DI LUAR TABII

KHALAS

Tiada ulasan: