Isnin, 3 Jun 2024

KES SIMBAH ASID



Ibu bapa Zayn Rayyan ditahan


POLIS menahan ibu bapa kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun Zayn Rayyan Abdul Matiin yang ditemui maut berhampiran sungai kira-kira 200m dari rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai tahun lepas, menurut laporan.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan mengesahkan penahanan itu.

Polis sedang mendapatkan perintah reman untuk pasangan berkenaan.

Kes itu yang diklasifikasikan sebagai kematian mengejut difailkan semula sebagai kes bunuh selepas hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.

Mayat Zayn ditemui lebih 30 jam selepas dia dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu.

Pemeriksaan forensik mendapati terdapat kecederaan di leher dan badan Zayn. Polis percaya dia dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di anak sungai.

Pada Januari, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Shuhaily Zain berkata polis merekodkan keterangan lebih 200 orang berhubung kes itu.

Timbalan Ketua Polis Selangor S. Sasikala Devi berkata polis masih menjalankan siasatan terhadap kes itu walaupun petunjuk telah hilang.

“Kami sedang menyiasat dan akan terus berbuat demikian. Fail masih dibuka sementara menunggu sebarang maklumat baharu,” katanya. – 1 Jun, 2024.

TAHNIAH!!!

KES ZAYN POLIS

TERUS SIASAT

AMIN

BAGIAMANA KES

SIMBAH ASID

AMIN

ADA APA BARU

SATELAH GAMBAR

KELUAR

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kes Teresa KÖK Ngah dan Ngeh ?