Rabu, 26 Jun 2024

SAPA SAKIT OTAK ?



Anwar dakwa bincang dengan Hamas isu Malaysia benarkan syarikat terkait Israel

Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau pernah berbincang dengan Hamas mengenai isu Malaysia membenarkan syarikat yang ada kepentingan di Israel, ketika perdana menteri sekali lagi mempertahankan rancangan kontroversi membawa masuk firma dimiliki pengurus dana AS BlackRock ke dalam sebuah konsortium menguruskan lapangan terbang.

Beliau berucap di Dewan Rakyat menjawab soalan ahli Parlimen kerajaan mengenai implikasi sekiranya Putrajaya membatalkan rancangannya untuk membenarkan Global Infrastructure Partners (GIP) mengambil 30% kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings (MAHB), langkah yang mencetuskan bantahan disebabkan syarikat itu milik BlackRock yang dilihat mesra Zionis.

"Implikasinya memang berat. Pertama, dalam penyenaraian. Ini akan digunakan menyerang saya.

"Kalau syarikat itu ada kepentingan di Israel... Apple, Microsoft, Nvidia - semua ada kepentingan di Israel. Adakah kita batalkan?" kata Anwar.

Dalam kritikannya dipercayai ditujukan kepada pihak yang menggesa kerajaan membatalkan urusan dengan mana-mana syarikat dituduh bersubahat dalam pembunuhan beramai-ramai Israel, Anwar berkata: 

"Bunyi sedaplah, bagi orang dengar seronok, kita ni hebat pejuang. Tapi sebenarnya tidak realistik. 

"Saya bincang dengan pimpinan Hamas, tidak berbangkit pun," katanya.

"Ini lebih Hamas daripada Hamas."

Ahli Parlimen Machang dari Perikatan Nasional, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad, kemudian bangun mempersoalkan mengapa kerajaan memilih GIP, dan menyifatkan syarikat berpangkalan di New York itu bukan pengendali lapangan terbang yang baik.

Menurut Fayhsal, kerajaan sepatutnya memilih syarikat lain yang terbukti lebih cekap mengendalikan lapangan terbang di Asia.

Dalam responsnya, Anwar yang juga pengerusi Khazanah Nasional berkata dana kerajaan itu memilih GIP sebagai rakan kongsi dalam MAHB kerana syarikat lain enggan turut sama sekiranya tidak diberikan saham majoriti.

Semalam, 22 pertubuhan sivil menggesa Anwar mengambil "keputusan betul dan beretika" dengan menolak rancangan membawa masuk GIP sebagai rakan kongsi konsortium itu.

"Situasinya yang sedang berlaku di Palestin adalah sebenarnya agak mudah untuk difahami dan diketahui umum iaitu satu entiti Zionis sedang berkuasa di bumi Palestin. Untuk menghentikan kekejaman ini, semua pihak yang bencikan kezaliman yang sedang berlaku ini mesti bertindak secara kolektif untuk menyekat entiti Zionis ini dari terus melakukan jenayah kemanusiaan terhadap warga Palestin," kata kenyataan yang ditandatangani itu pelbagai kumpulan Islam dan pro-Palestin.

Isu BlackRock dilihat antara cabaran utama Anwar sejak dilantik sebagai perdana menteri, di sebalik tuduhan beliau lebih mesra dengan Amerika Syarikat dan Israel berdasarkan kenyataan lampau, termasuk wawancaranya dengan Wall Street Journal pada 2012 yang memetiknya sebagai berkata akan "menyokong usaha mempertahankan keselamatan Israel".

Anwar bagaimanapun dilihat berusaha mengubah persepsi tersebut dengan pelbagai ucapan dan kenyataan yang mengkritik sokongan Washington terhadap Israel, di samping menghadiri pelbagai forum pemimpin dunia Islam sejurus selepas Israel melancarkan serangan besar-besaran di Gaza tahun lalu, yang sehingga kini membunuh sekurang-kurangnya 35,000 rakyat Palestin.

SOALAN RAMAI

BERTANYA

AMIN

ISMAIL HANIYEH

SAKIT OTAK

ATAU 

ANWAR IBRAHIM

DAH MENTAL

KAH KAH KAH

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

gilalah hamas pun dia tonggang..

abu qassim berkata...

KAH KAH KAH
Bahlol bin tolol...
Bongok bin tongok..
Dh koba an..
Yg marin nyor kontrak biar la deh .
Ni cito kontrak baru yg lum sain..
Tk ghoti bahso ko..
Kep efci pn tutup dek kono boikot..
Mekdi pn dh tk laku..
Apo ko jadah eh dogey yo amek..
Ni kono turun reramai kek jalan rayo nih .
Biar turun tiap² minggu..
Turun smpai dio phm yg ramai yg tknk subhat dgn zionis tu .
Cakap baik² tknk donga ..
Poodah... Tiu na ma..
KAH KAH KAH