Ahad, 29 September 2024

BANJIR BERULANG



Mangsa banjir Kedah meningkat semula, tiga lagi PPS dibuka

KUALA LUMPUR- Mangsa banjir di Kedah meningkat semula kepada 463 orang daripada 161 keluarga setakat jam 7.30 pagi tadi berbanding 164 mangsa daripada 58 keluarga, pada 5 petang semalam.

Pertambahan jumlah mangsa banjir itu selepas tiga lagi PPS dibuka iaitu dua di Pokok Sena dan satu lagi PPS dibuka di Kubang Pasu, semalam.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir di dua PPS di Kubang Pasu mencatatkan 259 mangsa daripada 94 keluarga.

Mangsa banjir di Pokok Sena pula seramai 153 mangsa daripada 48 keluarga di dua PPS sejak dibuka semalam.

Sebuah PPS di Padang Terap yang dibuka sejak jam 2 tengah hari semalam mencatatkan 51 mangsa daripada 19 keluarga setakat ini.

Dalam pada itu, berdasarkan maklumat Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), empat sungai di negeri ini mencatatkan bacaan melepasi paras bahaya.

Sungai itu adalah Sungai Padang Terap di Kepala Batas dan Sungai Laka di Kampung Padang Pasir di daerah Kubang Pasu, Sungai Anak Bukit di Taman Aman di daerah Kota Setar, manakala satu lagi Sungai Perik di Kampung Perik di daerah Padang Terap.

Semua sungai berkenaan menunjukkan trend air menaik setakat ini.- MalaysiaGazette


HUJAN TURUN

LAGI

AMIN

BULAN 12

MACAM MANA?

MUSIM HUJAN

AKAN SAMPAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: