Isnin, 28 Oktober 2024

ISRAEL SERANG - APA BALASAN IRAN ?



Serangan Israel: Parlimen Iran adakan mesyuarat tertutup, bincang tindak balas

TEHRAN: Sehari selepas Israel melancarkan serangan udara ke atas sasaran utama di Iran, Parlimen Iran mengadakan mesyuarat tertutup hari ini bagi membincangkan langkah tindak balas, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Speaker Parlimen Iran, Mohammad Bagher Ghalibaf yang juga bekas jeneral dalam Pasukan Pengawal Revolusi Islam, mempengerusikan perbincangan itu, menurut laporan media negara ini.

Parlimen Iran mempunyai pengaruh terhad, dengan kuasa sebenar tertumpu kepada kepimpinan negara yang diketuai oleh Pemimpin Tertinggi Ayatollah Ali Khamenei.

Namun, selepas pilihan raya tahun ini, majoriti Ahli Parlimen yang terdiri daripada kumpulan konservatif mungkin mempengaruhi sentimen dalam kalangan sayap radikal tentera.

Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada awal pagi semalam, dengan mendakwa bahawa mereka menyasarkan kemudahan digunakan untuk membuat peluru berpandu yang dilancarkan ke arah Israel serta lokasi peluru berpandu darat-ke-udara.

Media rasmi Iran melaporkan empat askar terbunuh dalam serangan itu.

Menurut agensi berita IRNA, Ghalibaf berkata, tindak balas ketenteraan daripada Iran terhadap serangan Israel pasti berlaku, walaupun beliau menggambarkannya sebagai 'pasif', sekali gus merendahkan skala tindak balas itu.

Ghalibaf turut merujuk kepada hak mempertahankan diri selaras dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pada masa sama, beliau menekankan keperluan untuk gencatan senjata di Lubnan dan Semenanjung Gaza. – BERNAMA-dpa

SERANG

SAMPAI ISREAL

HANCUR ?

AMIN

ATAU TANGGUH

HINGGA BOM

NUKLEAR

 IRAN SIAP?

AMIN

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wei bodoh. program nuklear iran dah kena godam dan dimusnahkan oleh amerika melalui cecacing stuxnet. nak bina guna apa? air liur? bodoh dan bodoh lagi.