Isnin, 28 Oktober 2024

TAHNIAH DAP - SALUT ANTHONY LOKE


Mohon maaf

 tiada makna

 jenayah tetap 

jenayah

SEPANG — Permohonan maaf terbuka  Najib Razak berhubung salah laku dalam syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membawa apa-apa makna, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.

Katanya, mahkamah sebelum ini telah membuktikan dan menjatuhkan hukuman bersalah ke atas bekas Perdana Menteri itu.

“Ini bukan soal terima permohonan maaf. Dengan permohonan maaf atau tidak, jenayah tetap jenayah. Dia (Najib) telah pun disabitkan, dan telah dibuktikan oleh mahkamah. Dia didapati bersalah dan ia kekal fakta,” katanya.

Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata demikian selepas majlis perasmian DHL Express Kuala Lumpur Gateway, di sini, hari ini.

Pada Khamis lalu, Najib membuat permohonan maaf dalam kenyataan yang dibacakan oleh anaknya,  Mohamad Nizar dan kekal menyatakan beliau tidak bersalah dan meletakkan kesalahan kepada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Mengenai pendirian DAP sekiranya Najib diberikan hukuman tahanan di rumah, Loke berkata, tiada peruntukan sedemikian di bawah undang-undang untuk sebarang tahanan rumah.

Beliau berkata, jika perbincangan mengenai undang-undang tahanan rumah sedang digubal, ia adalah mengenai reformasi penjara dan menegaskan bahawa jenayah serius tidak wajar diberikan hukuman sedemikian.— BebasNews

TAHNIAH DAP

SALUT PADA

ANTHONY LOKE

AMIN

INI BARU BETUL

TEPAT DAN BERANI

AMIN

NAJIB PENCURI

MAHKAMAH  JATUH

HUKUM

AMIN

MAAF KE AMPUN

KE TAKDA MAKNA

AMIN

HANYA ANWAR

BUKAK MULUT

MOHONG

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: