Selasa, 29 April 2025

PAGI INI


PAGI INI

SELASA 29 APRIL

RAYA HAJI BILA ?



ADDENDUM
Najib nak dapat  hak di tahan di rumah melalui Agong. Pasal apa  macam ini ? Najib pencuri kenapa Najib dianggap spesial ? 

Nanti bila Rosmah masuk jail dia juga minta tahanan di rumah ke?

Ini sudah berat. Najib pencuri besar. Bukan seringgit dua. Bukan seratus ribu - berbilion duit negara  di curi oleh Najib.  Pasal apa dia nak di tahan dalam rumah.

ROSMAH
Bila Rosmah  nak masuk jail. Rakyat dah lama tunggu. Rakyat nak tengok Rosmah jadi slim  makan makanan penjara. 

Bila slim macam Ziana Zain  - kote Najib akan ngang – kah kah kah – TAK PERLU VIAGRA – kah kah kah.

SEPANYOL
Darurat satu negara. Ini kerana leterik putus di seluruh negara. Hura hara. Leterik piutuds merebak ke Portugal. Merebak ke Utara Perancis. Kes masih di siasat. Sabotaj ?

CANADA
Ketika ini rakyat Canada sedang mengundi. Parti Konservatif atau Parti Liberal – dua dua parti kapitalis. Agenda PRU : Tolak Trump  tak mahu Canada jadi provinsi Amerika.

AMERIKA
Trump tanda tangan arahan baru. Terus gempur tangkap dan halau pendatang haram. Ini janji  kempen Trump.

RUSIA
Putin umum ada gencatan senjata  minggu depan selama 72 jam. Ini untuk memperingati hari kemenangan Rusia melawan Nazi Hitler.

HONG KONG
Empat Pejuang Demokrasi di bebaskan satelah 4 tahun di penjara. Mereka ini di panggil Kumpulan HONG KONG 47.

YAMAN
Houthi umum Amerika jatuhkan bom ke atas  kawasan tahanan pendatang haram. Berpuluh warga Afrika mati kena bom.

JEPUN
Wanita  tertua di Jepun  - Ogaki Hayashi berumur 115 tahun meninggal dunia. Kegagalan jantung.

ROME
Para Kardinal sedang berkumpul untuk memilih Pope baru pada 7 Mei ini.

INDONESIA
Pada 1 Mei seluruh Indonesia akan berdemo untuk jatuhkan Presiden Prabowo. Mahasiswa sedang menyusun di setiap kota.

HOKKIEN
Pagi ini  cerah segar. Matahari baru nak muncul. KL & KL Sentral berkabus tebal. Ujan gagal kemarin.

Ha ha Tekukur menyambut di pintu masuk. Murai berkicau dalam hutan belukar tepai Le Chateau.

Paling bising  Warga Asal. Lima ekor muncul. Mereka datang menyalak. Tak Tak dan  Ezi  di anggap menceroboh kawasan mereka. Tak Tak enggan ikut  gua. Dia terus melayan Warga Asal. Macam ada Betina yang Tak Tak minat. Kah kah kah.

Ketika gua bersenam seekor Keng Keng  melintas sambil menjerit. Wow – hanya sekali dan terus ilang.

Hari ini akan panas. Tak Tak dah menjalar di balkoni menunggu cahaya. Amin

BRO
SENYUM 
SENYUM DI PADI SELASA

Salai Pari di atas para
Tabur rempah garam perasa
Najib  mencuri duit negara
Wajib di penjara sepanjang masa

Buat masjid dekat pusara
Di tepi paya tanam rumbia
Masukan Rosmah ke dalam penjara
Negara selamat rakyat bahagia

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: