Selasa, 29 April 2025

TERUS PENJARA NAJIB



Banyak sangat dolak dalik kes titah adendum, Najib sangat kecewa – Shafee

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah mendedahkan bekas Perdana Menteri itu kecewa dengan prosiding kes berkaitan titah adendum yang sudah mengambil masa lebih setahun lima bulan.

Ia sekaligus ‘menganggu’ keadilan buat Najib yang sepatutnya sudah boleh menjalani hukuman penjara sebagai tahanan  rumah walaupun titah itu sudah diperkenankan sejak awal Januari 2024 lagi, katanya.

Menurut Muhammad Shafee, keputusan hari ini di mana Mahkamah Persekutuan membenarkan Jabatan Peguam Negara (AGC) membuat rayuan terhadap kes semakan kehakiman benar-benar mengecewakan kerana masa panjang akan diambil untuk prosiding-prosiding seterusnya sebelum keputusan dibuat.

“Anak guam kami amat kecewa kerana setelah lebih setahun empat bulan menunggu, prosiding ini sekali lagi ditangguhkan.

“Sedangkan kita tahu dengan jelas bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16, iaitu Sultan Pahang sekarang telah pun mengesahkan wujudnya adendum yang membolehkan Najib menjalani hukuman di rumah, bukannya di penjara,” kata pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Muhammad Shafeeu turut menegaskan Perdana Menteri,  Anwar Ibrahim sendiri sebelum ini dalam dua ucapan terbuka telah mengakui adanya titah adendum tersebut walaupun menyatakan dokumen itu kini berada dalam simpanan pihak lain.

“Memandangkan adendum itu memang wujud, saya dan klien saya tidak faham mengapa masih ada dolak-dalik berhubung kesahihannya.

“Yang menjadi persoalan utama ialah mengapa semakan penuh terhadap addendum itu masih tidak dibenarkan? Ini seolah-olah menunjukkan wujudnya usaha untuk menyembunyikan sesuatu, dan perbuatan itu tidak sah dari sudut undang-undang,”  katanya lagi.

Muhammad Shafee juga menegaskan, pasukannya sedang merancang tindakan undang-undang terhadap individu-individu tertentu yang didakwa terlibat dalam isu berkenaan. -

TERUS 

PENJARAKAN

NAJIB

AMIN

TANGKAP ZAHID

PENJARKAN

ROSMAH

AMIN

PELABUR AKAN

MASUK

AMIN

RINGGIT AKAN

JADI MAHAL

AMIN

KOS HIDUP

JADI MURAH

AMIN

JIKA INI 

DILAKUAKAN

NEGARA KITA JADI

AMAN MAKMUR

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau adapun sila bertanya kepada penguasa yang keluar arahan, manusia ini masih hidup kah kah kah tak payah buat pusingan sampai orang ramai meluat setiap hari jadi bahan cerita sama woit kah kah kah, ada atau tidak? Kalau semua penjahat dibebaskan apa akan jadi nanti? Kah kah kah lembu masuk condo lagi woit kah kah kah