Kenapa Rafizi tak boleh bercuti, soal PM
KUALA LANGAT – Anwar Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan ‘kehilangan’ Menteri Ekonomi Razifi Ramli yang dipercayai bercuti.
Meskipun begitu, Anwar bertindak kunci mulut dan enggan menjawab pertanyaan media tentang alasan mengapa Rafizi bercuti.
“Ada ke punya soalan tak boleh cuti. Kenapa (Rafizi) tak boleh cuti?,” katanya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Saujana Putra, di sini, hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan Rafizi yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan sedang bercuti dan didakwa meletakkan jawatan dalam kerajaan.
Desas desus itu timbul selepas pemilihan cabang PKR baru-baru ini menyaksikan beberapa sekutu rapat Rafizi tersingkir dan ia memberi isyarat laluan getir buat dirinya untuk mempertahankan jawatan nombor dua.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan