Khamis, 1 Mei 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

KHAMIS 1 MEI 2025

HARI BURUH SEDUNIA


HARI BURUH
United Malays National Organisation sengaja ubah nama dari HARI BURUH ke Hari Pekerja. Kepala butuh apa hari pekerja. Hari ini Hari Mei hari buruh sedunia. 

Di seluruh dunia  hari Buruh di rayakan. Ini adalah perjuangan kaum buruh yang bermula di Amerika pada tahun 1886. Mogok dan perjuangan kaum buruh di Haymarket Chicago.

Pada tahun 1889 Kaum Sosialis dan Kesatuan Sekerja  menyambut dan mengingati hari MOGOK ini yang berlagu pada bulan Mei.

Dari perjuangan ini DAPAT KEMENANGAN  – 8 jam bekerja – 8 jam berehat 8 jam tidur – Ini kemenangan kaum buruh yang kita raya hari ini di seluruh dunia.
KARL MARX berkata : Buruh sedunia bersatulah – kamu tidak akan hilang apa apa – melainkan rantai yang memenjarakan kamu.

TUKAR TIUB  berkata : Hasut hasut dan hasut ke jalan raya – tak turun jalan raya tak menang pilihanraya. AMIN

AMERIKA
Data muncul ekonomi Amerika merundum. Trump tuduh ini hasil dari dasar Biden yang dulu. Tapi ramai kata ini kerana dasar TARIF Trump.

CHINA
Seramai 5 ke 15 juta buruh dan pekerja hilang mata pencarian. Kilang tutup kerja bungkus. Ini akibat Tarif Trump.

UKRAINE
Amerika dan Ukraine tanda tangan PERJANJIAN CARI GALI – dimana Amerika memiliki hak untuk cari galai di Ukraine. Jika tidak Trump akan minta kembali berbilion dolar harga senjata yang dah di hantar ke Ukraine.

ISREAL
Zionis Israel BlackRock  tidak benarkan lagi pekerja dari Bangsa Bangsa Bersatu masuk membantu di Gaza.

AUSTRALIA
Hujung minggu PRU di Australia. Agenda kempen : harga barang makanan – harga rumah dan kos hidup.

PAKISTAN
Badan risikan Pakistan umum bahawa India sedang siapa sedia untuk serang Pakistan. Hanya bila?

VIETNAM
Negara ini sambut ulang tahun ke 50 kejayaan Vietnam mengalahkan Amerika. Sambut di setiap kota.
BRAZIL
Sosok tertua dalam dunia -116 tahun – Canabaro Lucas -  seorang Rahib meninggal dunia di Brazilia.

HOKKIEN
Pagi ini cerah kering segar. KL & KL Sentral berjerebu. Tidak ada bunyi deraman kereta. Pagi ini cuti umum.

Matahari dah keluar. Langit biru muda berawan putih. Cahaya matahari dapat di rasa membakar pipi.

Suara Tekukur agak kuat pagi ini. Yang lain tak dengar. Tuk Tuk Tuk suara agak jauh. Warga Asal semua hilang entah  Kemana.

Hari ini akan panas. Petang jika hujan malam akan sejuk.

BRO
SENYUM
SENYUM MERAYAKAN
HARI BURUH

Bunyi guruh dari utara
Anjing lari ke rumpun buluh
Kaum buruh pasak negara
Tanpa buruh nagara runtuh

Busut jantan tumbuh cendawan
Gali perigi berlantai papan
Hasut buruh bangun  melawan
Tuntutan gaji baiki kehidupan

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: