Pekerja swasta rugi RM3.1 juta, diperdaya pelaburan saham tak wujud
SEREMBAN: Seorang pekerja swasta kerugian RM3.1 juta selepas melabur dalam saham komunikasi, industri dan minyak yang didakwa beroperasi di China, tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata lelaki berusia 50 tahun itu berurusan dengan beberapa individu melalui aplikasi WhatsApp bagi menyertai pelaburan berkenaan.
"Mangsa dimasukkan dalam kumpulan WhatsApp untuk menyertai pelaburan dan mula melabur pada 17 Disember tahun lepas.
"Mangsa juga mendaftar di sebuah aplikasi yang memaparkan semua urusan pelaburan dan keuntungan diterima," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohammad Hatta berkata mangsa telah membuat 34 transaksi kewangan ke empat akaun didaftarkan atas nama syarikat dan perniagaan berbeza sebelum berasa ditipu kerana tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan itu.
Mangsa membuat laporan polis pada 17 April dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan


1 ulasan:
Itulah pelik, dah ada juta berjuta-juta dalam simpanan tapi masih rasuah curi rompak duit negara, ramai perangai sama begitu tamak haloba sentiasa tidak pernah puas tidak pernah cukup janji masuk syurga selepas cuci dosa setahun sekali itupun pakai first class kah kah kah hipokrit terbesar menilai orang lain
Catat Ulasan