PAGI INI
PAGI INI
RABU 28 MEI 2025
SABTU NI RAYA AJI
LETAK JAWATAN
Orang ramai semua menunggu apakah Rafizi akan letak jawatan. Semasa HIRUK Rafizi kata jawatan dalam parti bawa jawatan dalam kerajaan. Ini dasar PKR. Dasar yang baik. Ada sokongan parti maka boleh duduk dalam kabinet kerajaan.
Tapi apakah Rafizi akan lakukan apa yang dia cakap jeng jeng jeng. Politikus bijak bercakap. Jika Rafizi tak letak jawatan ramai akan Mat Formula ini cakap tak serupa bikin kah kah kah.
Mesti ada kawan dalam parti merayu pada Rafizi agar jangan letak jawatan kerajaan. Kita lihat dan tunggu. Kalau Rafizi tulis surat pada Anwar Blackrock maka Anwar wajib buat keputusan terima atau TIDAK jeng jeng jeng.
Bagaimana dengan geng yang lain – Nik Nazmi, Chan Lih Kang dan MB Negeri Sembilan. Chan Lih Kang dari awal dah belot buat kenyataan nak sokong Anwar untuk penggal ke dua. MB N9 – menang Timbalan – Akmal pun menang MPP - bagaimana dengan Nik Nazmi – jeng jeng jeng
Tapi YAKINLAH – bila dah merasa nikmat TAK ADA TRAFIK JEM – agak susah nak letak jawatan... kah kah kah AMIN
RUSIA
Heli yang di naiki oleh Putin hampir meledak diserang drone Ukraine. Putin marah kerana itu Rusia kini serang hebat Ukraine.
AMERIKA
Maharaja Trump mahu bakal pelajar luar negara yang nak belajar di Amerika di kaji dulu adakah mereka pro Palestin dan anti Zionis Blackrock. Siasatan akan di lakukan melalui FB dan laman sosial media. Sapa anti Israel jamin tak dapat visa.
NEPAL
Rita Sherpa – memecahkan rekod sendiri. Rita telah mendaki ke kemuncak Everest sebanyak 31 kali. Ini rekod dunia.
ARAB SAUDI
Lebih dari 1 juta bakal jemaah haji telah sampai ke Saudi.
GERMAN
Kucing hilang semenjak tahun lalu di Munich German. Sepasang suami isteri telah belanja 20,000 Euro atau 96,000 ringgit untuk mencari kucing kesayangan mereka. Masih belum jumpa.
UKRAINE
Presiden Ukraine akan melawat German. Canselor baru Merz telah berkata German akan membenarkan senjata peluru berpandu jarak jauh buatan German masuk ke Ukraine
HOKKIEN
Pagi ini segar tapi langit pucat. Arah Shah Alam ada awan biru yang lain awan pucat. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Kemarin panas terik.
Di Pintu masuk gua dengar chip chip chip entah burung apa. Dari bukit kiri dari bukit kanan Tekukur berlagu. Dari arah Mid Valley gua dengar suara gagak – gak gak gak .
Tiga orang Abang Rumput sedang bekerja. Kali ini Hokkien nak dijadikan macam padang bola. Baik sekali. Racun bunuh rumput semakin kurang di gunakan.
Berjalan pulang matahari mula muncul. Sinar lemah. Gua yakin hari ini akan panas macam kemarin. Malam gua harap berangin – sejuk enak jika tidak badan berlengas.
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU
Naik haji ikut bulatan
Singgah di Dubai beli perencah
Apakah Rafizi akan letak jawatan
Atau hanya temberang acah- acah
Pokok cermai tepi perigi
Pungut buah dalam bakul
Rakyat ramai sokong Rafizi
Hanya pembodek sokong Nurul
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:
Kulop taik palat
Catat Ulasan