Rabu, 28 Mei 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

RABU 28 MEI 2025

SABTU NI RAYA AJI


LETAK JAWATAN
Orang ramai semua menunggu apakah Rafizi akan letak jawatan.  Semasa  HIRUK Rafizi kata jawatan dalam parti bawa jawatan dalam kerajaan.  Ini dasar PKR. Dasar yang baik. Ada sokongan parti maka boleh duduk dalam kabinet kerajaan.

Tapi apakah Rafizi akan lakukan apa yang dia cakap jeng jeng jeng. Politikus  bijak bercakap. Jika Rafizi tak letak jawatan ramai akan  Mat Formula ini  cakap tak serupa bikin kah kah kah.

Mesti ada kawan  dalam parti merayu pada Rafizi  agar jangan letak jawatan kerajaan. Kita lihat dan tunggu. Kalau Rafizi tulis surat  pada Anwar Blackrock maka Anwar wajib buat keputusan terima atau TIDAK jeng jeng jeng.

Bagaimana dengan geng yang lain – Nik Nazmi, Chan Lih Kang dan MB Negeri Sembilan. Chan Lih Kang  dari awal dah belot buat kenyataan nak sokong Anwar untuk penggal ke dua. MB N9 – menang Timbalan –  Akmal pun menang MPP - bagaimana dengan Nik Nazmi – jeng jeng jeng

Tapi YAKINLAH – bila dah merasa nikmat TAK ADA TRAFIK JEM – agak susah nak letak jawatan... kah kah kah AMIN

RUSIA
Heli yang di naiki oleh Putin hampir meledak diserang drone Ukraine. Putin marah kerana itu Rusia kini serang hebat Ukraine.

AMERIKA
Maharaja Trump mahu  bakal pelajar luar negara yang nak belajar di Amerika di kaji dulu adakah mereka pro Palestin dan anti Zionis Blackrock.   Siasatan akan di lakukan melalui FB  dan laman sosial media. Sapa anti Israel jamin tak dapat visa.

NEPAL
Rita Sherpa – memecahkan rekod sendiri.  Rita telah mendaki ke kemuncak Everest sebanyak 31 kali. Ini rekod dunia.

ARAB SAUDI
Lebih dari 1 juta bakal jemaah haji telah sampai ke Saudi.

GERMAN
Kucing hilang  semenjak tahun lalu di Munich German. Sepasang suami isteri telah belanja 20,000 Euro atau 96,000 ringgit untuk mencari kucing kesayangan mereka. Masih belum jumpa.

UKRAINE
Presiden Ukraine akan melawat German.  Canselor baru Merz telah berkata German  akan membenarkan senjata peluru berpandu jarak jauh buatan German masuk ke Ukraine

HOKKIEN
Pagi ini segar tapi langit pucat.  Arah Shah Alam ada awan biru yang lain awan pucat. Matahari belum muncul. KL & KL Sentral berjerebu nipis. Kemarin panas terik.

Di Pintu masuk gua dengar chip chip chip entah burung apa. Dari bukit kiri dari bukit kanan Tekukur berlagu. Dari arah Mid Valley gua dengar suara gagak – gak gak gak .

Tiga orang Abang Rumput sedang bekerja. Kali ini Hokkien  nak dijadikan macam padang bola. Baik sekali. Racun  bunuh rumput semakin kurang di gunakan.

Berjalan pulang matahari mula muncul. Sinar lemah. Gua yakin hari ini akan panas macam kemarin. Malam gua harap berangin – sejuk enak jika tidak  badan berlengas.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
RABU

Naik haji ikut bulatan
Singgah di Dubai beli perencah
Apakah Rafizi akan letak jawatan
Atau hanya temberang acah- acah

Pokok cermai tepi perigi
Pungut buah dalam bakul
Rakyat  ramai sokong Rafizi
Hanya pembodek sokong Nurul

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BEKERJA

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kulop taik palat