Rabu, 4 Jun 2025

ANWAR BLACKROCK TIDAK KEBAL



Permohonan PM tangguh saman Yusoff ditolak mahkamah
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menangguhkan prosiding saman sivil yang difailkan Yusoff Rawther.

Dalam saman itu Yusoff mendakwa Anwar melakukan serangan seksual ke atasnya.

Dalam penghakimannya, hakim Roz Mawar Rozain menyatakan lapan persoalan perlembagaan yang dikemukakan oleh Anwar untuk dirujuk ke Mahkamah Persekutuan tidak memenuhi tahap kelayakan yang diperlukan.

Sehubungan itu, hakim memerintahkan agar perbicaraan diteruskan pada 16 Jun ini seperti yang dijadualkan.

Roz Mawar turut memerintahkan Anwar membayar kos sebanyak RM20,000 kepada Yusoff – yang memulakan tindakan undang-undang tersebut pada 2021.

Menjelaskan keputusan dibuatnya, hakim berkata, dari perspektif kehakiman, persoalan yang dicadangkan pihak Anwar tidak memenuhi ambang kontroversi perlembagaan yang sepatutnya.

“Mahkamah ini mesti berpuas hati bahawa persoalan perlembagaan adalah tulen dan material kepada penyelesaian kes ini kerana Mahkamah Persekutuan bukan forum untuk pandangan nasihat spekulatif atau defensif,” katanya.

Tambah Roz Mawar, mahkamah tinggi hari ini tidak berpuas hati dengan permohonan dikemukakan justeru ia ditolak.

ANWAR

BLACKROCK

TIDAK KEBAL

KAH KAH KAH

MINUM AIR

DUIT  TIDAK

AKAN JADI KEBAL

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: