Persoalan undang-undang: Anwar fail rayuan ke Mahkamah Rayuan hari ini
KUALA LUMPUR – Anwar Ibrahim akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan beliau untuk merujuk lapan persoalan undang-undang berhubung isu kekebalan daripada tindakan saman terhadapnya.
K. Rajasegaran yang mewakili Perdana Menteri memberitahu, notis rayuan tersebut akan difailkan hari ini.
Ujar beliau, pihaknya tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi atas alasan ia akan menjejaskan fungsi eksekutif Anwar selaku Perdana Menteri.
Kata Rajasegaran, persoalan undang-undang yang dibangkitkan menyentuh isu yang melangkaui fakta kes di hadapan mahkamah kerana ia turut melibatkan keterbatasan proses undang-undang dan maruah pegawai tinggi kerajaan.
“Kami turut akan memfailkan sijil perakuan segera bagi membolehkan rayuan di Mahkamah Rayuan, dipercepatkan,” ujar beliau ketika ditemui wakil media selepas prosiding tersebut.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan