PAGI INI
PAGI INI
RABU 18 JUN 2025
PERANG BERTERUSAN
AMERIKA AKAN SERANG IRAN?
Seperti yang di jangka Presiden Trump bertambah gila. Trump beri amaran kepada Iran : SERAH DIRI TANPA SYARAT ATAU.....
Atau ini apa? Apakah Trump akan mengarahkan bala tentera Amerika untuk masuk menyerang Iran ?
Pada ketika ini Kapal Perang Amerika dari Lautan Sunda dah beralih mara ke Timur Tengah.
Pada ketika ini pesawat mengebom Amerika telah sampai ke beberapa pangkalan di Timur Tengah.
Apakah UMPAN Setanyahu telah berjaya menjerut leher Trump?
TRUMP AKAN BUNUH AYATOLLAH
Trump juga dalam sosial media telah berkata : Kami tahu di mana pemimpin besar Iran tinggal. Kamu boleh menghapuskan dia bila-bila masa.
SUASANA MAKIN TEGANG – apakah Amerika Akan masuk menyerang ? Jika ini berlaku apa pula langkah dan jawapan Iran. TIMUR TENGAH AKAN TERBARAI – perang merebak. Kita tunggu dan lihat.
Keadaan berubah detik demi detik. AMIN
DEMO DEMO DEMO
JUMAAT INI 20 JUN 2025
JAM 2.00 PETANG KITA BERHIMPUN
DI DATARAN TABUNG HAJJI
BERSETIA KAWAN DENGAN IRAN
SEMUA DI JEMPUT DATANG
HEBOH CUKAI MADANON
Orang ramai makin gelisah. Makin benci dengan kerajaan Madanon yang akan menaikkan cukai beribu-ribu barang.
Yang di heboh ialah AVOKADO – di katakan makanan elit. Juga apple , pisang dan oren – ini makanan untuk rakyat biasa. Jika harga di naikkan apa Akan jadi?
HEBOH berita Ron95 akan naik. Heboh berita bil leterik naik.
Jika harga barang naik. Jika semua naik ertinya masa dah sampai UNTUK kita TURUNKAN kerajaan Anak Beranak ini. AMIN
CANADA
Persidangan negara G7. Ramai pemimpin negara nak bincang dengan Trump hal TARIF. Tap MAHARAJA Trump pulang awal.
IRAN
Warga di kota Tehran mula berundur meninggalkan rumah mereka untuk mencari tempat yang lebih selamat. Trump dah beri amaran dan minta penduduk Tehran berundur.
CANADA
Presiden Zelensky datang ke Canada nak jumpa Trump tapi Trump dah cabut awal. Malah berita muncul Trump larang kenyataan G7 untuk mengkritik Rusia.
GAZA
Seramai 20 orang warga Gaza di tembak mati ketika menunggu makanan.
INDONESIS
Gunung berapi Lewotobi di Nusa Tenggara Timur Indonesia meledak. Gunung ini memuntahkan asap hingga 11 kilometer ke udara.
HOKKIEN
Pagi ini kering segar cerah. Matahari dah keluar. Cahaya lembut. KL & KL Sentral cerah. Langit berawan putih dan biru. Hujan petang kemarin membasuh jerebu.
Gua terdengar suar Gak Gak Gak – menangis seorang diri – terbang arah ke Kwantung. Di Udara gua dapat lihat pesawat berkipas menuju KLIA – ha ha pesawat ini terbang agak rendah.
Di wilayah Pokok Ara gua dengar banyak suara burung – apakah Ara sedang berbunga?
Hari ini akan panas. Tak Tak sedang menjalar di balkoni menunggu cahaya matahari.
BRO
SENYUM
SENYUMLAH
DI PAGI RABU
BRO
Setiap saat adalah permulaan yang baru.
BRO
Bro lu jangan menyesal bila lu telah mencium anu Minah itu.
BRO
Jika lu buat apa-apa hari ini buat lah dengan baik. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA


1 ulasan:
Pisang naik juga kah? Ingat pisang diminati oleh ramai? Kah kah kah buatlah apa pun sebab kamu berkuasa sekejap tetapi tunggu masa kamu akan sampai jua nanti, tetapi tak kira siapa naik kemudian akan pasang lukah sama, harga naik tidak pernah turun, hanya pisang Rathwer tidak sanggup dihisap kah kah kah tak nampak kah dunia tertawa dengan perangai kamu sekarang? Sampai bila nafsu pisang nafsu harta nafsu segala kekayaan kamu akan hapus? Setiap masa setiap hari sembang mohong demi agama bangsa negara tetapi kamu tetap sama perangai penyamun siang malam kononnya nak bantu fakir miskin? Mana ada fakir miskin lagi? Sejak 1970 sampai 2025 fakir miskin masih wujud? Sebabnya satu kamu terus guna nama fakir miskin mencuri merompak dan membiayai free loader semakin ramai,. walaupun billion tetapi masih tidak puas masih kedarah masa depan rakyat kah kah kah
Catat Ulasan