Rabu, 18 Jun 2025

PAS BOLEH TERAJU KERAJAAN



PAS mampu bawa M'sia lebih jauh seperti kepimpinan ulama Iran - Zaid

Bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, berkata PAS mampu membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi jika parti itu menggabungkan prinsip moral yang jelas dengan tadbir urus yang baik dan pendekatan yang inklusif.

Dalam satu kenyataan, Zaid turut menegur pihak yang sering meremehkan keupayaan PAS.

“Sejarah membuktikan bahawa kepimpinan ulama mampu memimpin negara dalam waktu sukar. Lihat saja Iran.

“Dengan bimbingan Majlis Ulama — sekumpulan ulama berpegang teguh kepada prinsip ideologi — Iran bukan sahaja mampu bertahan, malah kekal berdikari walaupun berdepan perang dan sekatan ekonomi bertahun-tahun daripada kuasa besar dunia,” katanya di Facebook semalam.

PAS, yang merupakan sebahagian daripada PN, kini mempunyai jumlah kerusi terbanyak di Dewan Rakyat iaitu 43 kerusi, dan mengetuai kerajaan negeri di Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Namun, Zaid mengakui ulama PAS mungkin belum setanding dengan tokoh ulama di Iran.

Katanya, kelemahan utama PAS ialah kegagalannya menjelaskan visi nasional parti itu secara berkesan.

Walaupun begitu, PAS tetap mempunyai banyak kelebihan seperti disiplin organisasi yang kukuh dan kemampuan mendekati rakyat akar umbi.

Tambahnya, satu lagi kekuatan PAS ialah pemimpinnya yang bebas daripada skandal rasuah.

“Pemimpin mereka umumnya bersih daripada skandal kewangan, dan ini memberi kelebihan untuk membanteras sistem yang korup.

“Dengan kepimpinan dan visi yang betul, PAS mampu membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik,” katanya.

PARTI ISLAM PAS

BOLEH TERAJU

KERAJAAN

AMIN

TERAS MELAYU

ISLAM

AMIN

PAS PERLU

BERALIH 

KE TENGAH

AMIN

GERAKAN KEMPEN

 ANTI RASUAH

LAWAN NEPOTISMA

TEGAK KAN

KERAJAAN TELUS

AMIN

BUKAN KEMPEN

ANTI KONSERT

ANTI SELUAR

PENDEK

ANTI MERAYAKAN

KEHIDUPAN

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah kah kah Sabah Sarawak pun sebahagiannya negara, jangan fikir kamu sahaja nak sapu semuanya dari awal zaman sampai akhir zaman, bagi juga ulama bagi juga kepada rakan-rakan lain kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan kita di Kedah Kelantan Terengganu sudah cukup membanggakan, air teh tarik cukup menarik kepada seluruh rakyat secara percuma setiap hari, air asas kepada kehidupan, yang itupun tidak bisa diatur baik kepimpinan, inikan pula masa depan sebuah negara, apapun bagi oksigen masuk kepala dahulu, jangan selalu dibungkus kepalanya kah kah kah, apabila keinginan melampaui batasan perwatakan maka semakin sukar laluan kerjaya mungkin akan lebih adil mungkin tidak mungkin 8481 akan terbang semula mungkin banyak kemungkinan tetapi nak percaya orang berbungkus kepala ini belum sampai lagi kah kah kah