Lebih 200 banduan loloskan diri akibat tembok penjara rosak
ISLAMABAD: Lebih 200 banduan melarikan diri dari sebuah penjara di bandar pelabuhan selatan Karachi, selepas gempa bumi merosakkan dinding penjara berkenaan, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik media tempatan.
Insiden berlaku lewat malam kelmarin apabila banduan meloloskan diri melalui dinding yang rosak di Penjara Malir yang terjejas akibat beberapa gegaran berintensiti rendah di kawasan berkenaan sejak Ahad, menurut Ketua Polis Sindh Ghulam Nabi Memon kepada akhbar tempatan "Dawn."
Beliau berkata operasi bagi menangkap semula 216 banduan telah dilancarkan dan setakat ini, seramai 78 sudah ditahan semula.
Usaha memburu baki 138 banduan masih diteruskan, katanya. – BERNAMA-ANADOLU


2 ulasan:
Tiada makna Raya Korban diseluruh dunia jika semua pemimpin dunia Islam jadi bacul dan tidak bermaruah sebagai umat Islam.
Tak perlu rasa bangga berapa ribu ternakan dikorbankan jika nasib penduduk Gaza jadi korban Zionis Isreal..!!
https://vt.tiktok.com/ZSk6xs5U6/
Terpekik terlolong dijalan jalan raya mengenang nasib Gaza. Tiada makna korban haiwan diseluruh dunia jika penduduk Gaza jadi korban Zionis Yahudi... Apa makna pahala Bintang korban jika penduduk Gaza ibarat Bintang korban Zionis Isreal ...
Hari Raya kali ini, tiada suasana perayaan. Tiada haiwan korban, kami kini mengorbankan nyawa kami sendiri, korbankan badan kami. Tidak ada suasana Aidiladha di Gaza," rintih seorang penduduk Khan Younis, Mahmoud Abdel Jawad.
kepada semua negara Islam dan semua negara Arab. Jangan lupakan kami. Tidak ada orang yang datang membantu kami. Kami mahukan perdamaian. Kami mahu hidup dengan bermaruah,"
Seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun pula merintih dalam keadaan cedera: "Mengapa mereka kata ini Hari Raya? Bukan Hari Raya jika kami yang dikorbankan."
Sekitar 2,500 penduduk Gaza juga tidak dapat menunaikan ibadah haji akibat perang Israel-Hamas.
Berbondong bondong ke Kaabah dan melakukan inadah korban tapi pemimpin Islam seluruh dunia bacul dan tidak peduli nasib Gaza...
Apa lah nilai pahala haji dan korban binatang jika nilai dan nyawa penduduk Gaza setaraf binatang korban di seluruh dunia..!!
Apakah 200 ini akhirnya akan sampai di Little Karachi Jalan Ipoh Kuala Lubang? Hanya yang biasa lepak di sini aje faham...
Catat Ulasan