Rabu, 27 Ogos 2025

GEMPA DI SEGAMAT KALI KE TIGA


'Ini kali ketiga rumah kami bergegar' - Penduduk

SEGAMAT: "Ketika sedang memasak, rumah kami bergegar dan pintu kayu berbunyi sangat kuat," kata Nur Ezwa Zakaria, 40, ketika menceritakan detik cemas dilalui akibat gempa bumi sekali lagi melanda daerah ini, pagi tadi.

Gempa berkekuatan 3.2 magnitud pada jam 8.59 pagi, kira-kira 18 kilometer selatan Segamat dengan gegaran turut dirasai beberapa kawasan di Johor dan juga selatan Pahang.

Menceritakan lebih lanjut, Nur Ezwa berkata, ini adalah gegaran ketiga berlaku di rumah ibu bapanya, Siti Hanizah Abas, 65, dan Zakaria Yusof, 68, di Bukit Lintang, Pekan Jabi, di sini, selepas gempa sama pada jam 6.13 pagi Ahad lalu.

"Waktu itu, saya sedang siapkan sarapan dan secara tiba-tiba, rumah kami bergegar. Ibu dan ayah turut merasai perkara sama dan mereka memberitahu keadaan seperti ini yang mereka alami semasa gempa pada Ahad.

"Ibu memberitahu, rumah kami tiga kali bergegar termasuk kejadian pagi tadi, namun tidak mendatangkan kerosakan harta benda. Saya cuma risau jika masih berlaku lagi kejadian sama selepas ini.

"Saya juga bimbang berlaku runtuhan seperti mana di rumah saudara tidak jauh dari sini. Mujurlah ia tidak menyebabkan kerosakan walaupun gegaran itu agaklah kuat.

"Tahun lalu, rumah kami juga berhadapan situasi sama namun ia tidak sekuat seperti berlaku sepanjang minggu ini," katanya ketika dihubungi.

Seorang lagi penduduk, Nor Faizah Masri, 34, berkata walaupun gempa itu lemah namun sudah cukup membuatnya sekeluarga berada dalam ketakutan.

"Ramai rakan memberitahu mereka merasai gegaran itu terutama di Taman Yayasan, Astakajaya dan beberapa kawasan lain yang berhampiran.

"Gegaran dapat dirasai walaupun hanya seketika dan kami bimbang jika ia masih berlaku pada hari akan datang," katanya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan gempa bumi lemah berlaku pagi tadi, adalah gempa susulan pada Ahad lalu.

Berdasarkan analisis MetMalaysia, gempa ini berlaku di Zon Sesar Mersing namun orang ramai tidak perlu bimbang kerana ia berlaku pada magnitud lemah.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah memberitahu sebanyak lima laporan diterima sejak gempa melanda pada 24 Ogos lalu.

Katanya, laporan dibuat berkaitan kerosakan harta benda tanpa membabitkan kecederaan ataupun kehilangan nyawa.


WOW

PERUBAHAN IKLIM

PERUBHAN

GERAK BUMI

AMIN

SEMUA SEDANG

BERLAKU

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: