Rabu, 27 Ogos 2025

LANGKAH BIJAK TRUMP


Trump ancam kenakan tarif baharu kepada negara tidak mansuh cukai digital


WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengancam akan mengenakan tarif baharu terhadap negara yang tidak memansuhkan cukai digital.

Dalam hantaran di Truth Social miliknya, Trump mendakwa cukai digital itu direka untuk merugikan dan bersifat diskriminasi kerana merugikan teknologi AS.

"Saya memberi amaran kepada semua negara yang mengenakan cukai atau peraturan digital, jika tindakan diskriminasi ini tidak dihentikan, saya sebagai Presiden AS akan mengenakan tarif besar tambahan ke atas eksport negara terbabit ke negara ini," katanya.

Selain itu, beliau akan menyekat eksport teknologi dan cip keluaran syarikat AS.

"Tunjukkan rasa hormat kepada AS dan syarikat teknologi hebat kami atau bersedialah menghadapi akibatnya!" tulis Trump lagi, memetik laporan CNBC.

Trump sejak sekian lama cuba menekan rakan dagang AS supaya membatalkan cukai berkenaan yang dilaksanakan oleh beberapa negara, khususnya di Eropah, terhadap hasil jualan penyedia perkhidmatan digital seperti Google, Meta, Apple dan Amazon.

Pada Jun lalu, beliau mengumumkan akan memutuskan semua rundingan perdagangan dengan Kanada berhubung cukai itu.

LANGKAH

BIJAK TRUMP

AMIN

HURU HARAKAN

LAGI DUNIA

KAPITALIS

AMIN

KACAU LAGI

SANA SINI

KAH KAH KAH

TRUMP MERINTIS

JALAN REVOLUSI

KHALAS

Tiada ulasan: