Ahad, 3 Ogos 2025

HAMAS ENGGAN BELOT JADI BARUA


Hamas tegas enggan letak senjata selagi negara Palestin tidak ditubuhkan


GAZA: Hamas menegaskan bahawa mereka tidak akan meletakkan senjata selagi sebuah negara Palestin yang berdaulat dan merdeka tidak ditubuhkan.

Pasukan pejuang Palestin itu, dalam kenyataannya berkata ia adalah satu penolakan baharu terhadap tuntutan utama Israel untuk menamatkan perang di Gaza.

Kata Hamas, mereka tidak akan mengorbankan hak terhadap 'penentangan bersenjata' melainkan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat sepenuhnya dengan Baitulmaqdis sebagai ibu negara diwujudkan.

Rundingan tidak langsung antara Hamas dan Israel bagi mencapai gencatan senjata selama 60 hari dan perjanjian pembebasan tebusan berakhir minggu lalu tanpa sebarang kata putus.

Pada Selasa, Qatar dan Mesir, selaku pengantara dalam usaha gencatan senjata, menyokong satu deklarasi oleh Perancis dan Arab Saudi yang menggariskan langkah-langkah ke arah penyelesaian dua negara dalam konflik Israel-Palestin.

Deklarasi itu turut menyatakan bahawa Hamas perlu menyerahkan senjata kepada Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang disokong Barat sebagai sebahagian daripada pelan tersebut.

Israel menganggap peletakan senjata Hamas sebagai syarat utama bagi sebarang perjanjian untuk menamatkan konflik, namun Hamas berulang kali menyatakan bahawa mereka tidak akan melaksanakannya.

Bulan lalu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menggambarkan sebarang negara Palestin merdeka di masa depan sebagai platform untuk memusnahkan Israel dan atas alasan itu, kawalan keselamatan ke atas wilayah Palestin mesti kekal di bawah Israel.

Beliau turut mengkritik beberapa negara termasuk United Kingdom (UK) dan Kanada yang mengumumkan rancangan untuk mengiktiraf negara Palestin sebagai reaksi terhadap kemusnahan Gaza akibat serangan dan sekatan Israel, sambil menyifatkan langkah itu sebagai satu ganjaran terhadap tindakan Hamas. – REUTERS

SALUT PADA

HAMAS

ENGGAN LETAK

SENJATA

AMIN

ENGGAN BELOT

JADI BARUA

ZIONIS SEPERTI

AL-FATAH & PLO

AMIN

GERILA TANPA

SENJATA TIDAK

ADA MAKNA

KHALAS

Tiada ulasan: