Shafei Janji Lupus Pinjaman Pendidikan Anak Sabah
KUALA LUMPUR, 3 Ogos 25 – Warisan berjanji akan meluluskan bayaran balik pinjaman pendidikan termasuk Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), anak-anak Sabah sekiranya Sabah mencapai kekuatan kewangan di bawah kepimpinan parti itu
Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal berjanji, rancangan itu akan turut merangkumi pinjaman pengajian Yayasan Sabah yang ditanggung graduan dari negeri tersebut.
“Kalau Sabah ada dana yang mencukupi, saya akan beri biasiswa percuma kepada anak-anak kita untuk masuk universiti.
“Saya juga akan lupuskan semua pinjaman pelajaran kepada Yayasan Sabah yang ditanggung oleh pegawai kerajaan, sama ada yang masih berkhidmat atau sudah bersara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penerima Anugerah Cemerlang STPM dan Penyerahan Sumbangan Smart TV di Semporna pada Sabtu.
Graduan yang bekerja tetapi masih dibebani hutang PTPTN, yang bergelut membayar sewa atau membeli kereta — saya akan selesaikan pinjaman mereka. Dana itu akan dikhaskan untuk anak Sabah,” katanya.
Katanya, janji itu juga akan dijadikan sebagai sebahaguan isi manifesto pilihan raya Warisan yang berpotensi dilaksanakan jika parti itu kembali berkuasa pada pilihan raya negeri akan datang. @politiko.my


Tiada ulasan:
Catat Ulasan