Isnin, 4 Ogos 2025

MADAFAKA KAKI PUTAR




Trump Tidak Ambil Kira Beli Boeing Untuk Turun Tarif – Kadir Jasin


KUALA LUMPUR, 4 Ogos 25 – Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump didakwa tidak peduli pun dengan pembelian pesawat Boeing oleh Malaysian Aviation Group (MAG) sebelum menurunkan kadar tarif, kata DA Kadir Jasin.

Wartawan veteran itu berkata, pengumuman pembelian Boeing oleh MAG itu dibuat sebelum Trump mengenakan tarif timbal balik ke atas satu dunia.

“Maksudnya, Trump tidak mengambil kira pembelian itu.

“Pengurangan tarif daripada 25% kepada 19% yang diuar-uarkan oleh para penyokong Madani sebagai tanda kehebatan  Anwar  berunding adalah pujian semata-mata.

“Ia adalah untuk mendapat markah dan sebagai hidangan murah kepada yang tidak tahu,” katanya, dalam hantaran Facebook.

Jelas Kadir, tiada keistimewaan buat Malaysia disebabkan penurunan tarif memandangkan kebanyakan negara turut menghadapi perkara sama.

“Bukan tarif ke atas Malaysia saja dikurangkan kepada 19%. Indonesia, Thailand, Filipina dan Kemboja pun mendapat kadar yang sama,” kata Kadir.

Beliau mengulas dakwaan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri,  Tengku Zafrul Aziz, mengenai keputusan pentadbiran Trump “mengurangkan” tarif timbal balik (reciprocal tariff) ke atas Malaysia.

Katanya, Amerika mengambil keputusan mengurangkan tarif tersebut “setelah mengetahui mengenai pembelian besar barang-barang buatannya oleh syarikat-syarikat Malaysia”.

Malah Tengku Zafrul menyenaraikan “cadangan” pembelian pesawat Boeing oleh Malaysia Airlines sebagai contoh pembelian besar itu.

“Soalnya, cadangan atau keputusan membeli kapal terbang Boeing itu telah dibuat sebelum Trump mengenakan tarif 24% ke atas kita.

“Natijahnya, pembelian oleh MAG adalah urusan perdagangan biasa dan bukan strategi rundingan bagi mendapatkan pengurangan tarif daripada AS,” kata Kadir lagi. @politiko.my

SIAM FILIPINA

KAMBOJA BELI

BERAPA EKOR

BOEING ?

KAH KAH KAH

SEMUA NEGARA INI

KENA 19% TARIF

KAH KAH KAH

MADAFAKA

KAKI PUTAR

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setakat nak beli hutang bayar ansuran bukan dia akan bayar habis pun,.sebab itu buka mulut mohong, lepas habis penggal hutang pass kat orang lain pulak, habis kantung dikapit dibiarkan kosong dahulu kah kah kah