Selasa, 26 Ogos 2025
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan tiga individu melibatkan seorang pegawai kanan gred Jusa B yang berkhidmat di agensi pihak berkuasa tempatan (PBT), seorang pemilik syarikat dan seorang orang awam kerana disyaki terlibat rasuah sejak tahun 2014.
Menurut sumber, dua suspek melibatkan pemilik syarikat lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 40-an masing-masing ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dan Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan sekitar jam 1 hingga 2 petang semalam.
Manakala, suspek lelaki yang berkhidmat di agensi PBT di ibu negara yang berusia lingkungan 50-an pula ditahan sekitar jam 4 petang tadi di pejabatnya.
“Ketiga-tiga suspek dipercayai terlibat rasuah sejak 2014 di mana suspek berjawatan pemilik syarikat terbabit dipercayai telah membayar rasuah kepada pegawai PBT berkenaan sebagai balasan membantu mendapatkan projek di PBT terbabit.
“Susulan tangkapan terhadap ketiga-tiga suspek, SPRM turut menyita wang tunai kira-kira RM150,000, empat peranti telekomunikasi, dua unit kenderaan jenis Lexus RX500H serta Mini Cooper, beg tangan serta kasut berjenama Hermes dan Louis Vuitton,” katanya.
Sumber berkata, SPRM juga telah membekukan 19 akaun perbankan milik individu serta syarikat melibatkan nilai lebih RM7 juta.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap suspek dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. BebasNews
KEGANASAN, PENIPUAN & INTERNET
(hegemoni media daulah pecah)
Edisi/Cetakan Kedua
Rampaian tulisan-tulisan Hishamuddin Rais dari Malaysia Kini, Oriental Daily, Malaysia-Today, Suara Keadilan
Lima bulan dari Mei hingga Oktober 2008. Tersenarai 10 buku non-fiksyen tempatan. TERLARIS di toko buku MPH. Masih lagi TOP TEN BEST SELLER hingga kini
Buku boleh didapati di semua kedai-kedai buku Kinokuya, Borders, MPH, Popular Book Store, RiceCooker Annex Central Market
atau datang ke Bau Bau Cafe Central Market
Harga: RM30
Atau pesan terus dari 012-664-8873
Tiada ulasan:
Catat Ulasan