Selasa, 23 September 2025

GEDEBE BERNAMA HAJIJI



Hajiji: Sekatan masuk Sabah hak mutlak negeri

Kerajaan negeri Sabah mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan individu mana yang dibenarkan masuk ke negeri itu, kata Ketua Menteri Hajiji Noor hari ini.

Ini susulan ahli perniagaan Albert Tei – yang sedang dibicarakan atas dakwaan merasuah dua ahli politik Sabah – berdepan sekatan untuk memasuki negeri itu bagi menghadiri perbicaraan.

"Untuk makluman, kerajaan Sabah ada kuasa mutlak untuk memastikan siapa yang boleh masuk ke Sabah atau tidak,” kata Hajiji kepada wartawan selepas melancarkan program Kedai Jujur di Sekolah Kebangsaan (SK) Mutiara, di Kota Kinabalu, hari ini.

Katanya, penguatkuasaan hanya akan dibuat selepas agensi keselamatan menyerahkan laporan dan maklumat lengkap.
ADS

Semalam, peguam Tei mendakwa bahawa ahli perniagaan itu pada mulanya dihalang daripada memasuki Sabah sebaik tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu.

Dia hanya dibenarkan masuk selepas mengemukakan dokumen bahawa dia perlu hadir ke mahkamah.

Pihak pendakwa raya dalam kes rasuahnya hari ini berkata mereka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Sabah bagi memastikan kemasukan lebih lancar.

Sementara itu, pada sidang media selepas kehadirannya di mahkamah hari ini, Tei menuduh Hajiji sengaja cuba mensabotaj perbicaraan rasuah tersebut.

“Saya bukan orang yang membawa keganasan ke Sabah. Saya datang untuk membela diri, untuk menuntut keadilan di mahkamah.

“Sangat jelas dia cuba menghalang saya. Jika saya tidak boleh masuk Sabah, saya tidak boleh hadir ke mahkamah. Itu bermakna kes mahkamah akan digugurkan, dan dua YB yang dituduh dibebaskan.

“Saya mahu beritahu dia, saya tidak takut. Saya tidak akan tunduk kepada tindakannya. Dakwa saya kalau mahu. Saya bersedia menghadapinya. Tetapi dakwa juga yang lain. Jangan guna taktik ini untuk menyusahkan saya,” katanya.

INI GEDEBE

BERNAMA HAJIJI

AMIN

PASTIKAN DITOLAK

BILA PRN SABAH

BERJALAN

AMIN

KES RASUAH 

BERSELIRAT

KAH KAH KAH

KHALAS

Tiada ulasan: