Ahad, 26 Oktober 2025

APA KATA MUFTI PERLIS TENTANG MADAFAKA


APA KATA 

MUFTI PERLIS

TENTANG 

MADAFAKA



Saya tiada masalah untuk menyambut Trump sebagai seorang ketua negara yang hadir atas urusan diplomatik dan pentadbiran antara kerajaan. Sambut sekadarnya. Namun, sambutan yang terlebih meriah dengan tarian dan segala macam, bagi saya tidak melambangkan bantahan kita terhadap tindakan jahat beliau selama ini. 

Beliaulah di belakang kejahatan puak yang pernah disumpah menjadi kera dan khinzir. Bayangkan jika Trump ke negara-negara Eropah di saat ini. Tentu beliau disambut dengan bantahan rakyat di sana. Beliau akan turun dengan wajah yang serius dan perasaan yang berbaur kerana tahu beliau tidak disukai. 

Di sini, beliau turun sambil menari kegembiraan kerana anak-anak Malaysia menyambut beliau dengan tarian. Genoside dan segala bantuan senjata dan veto yang beliau gunakan untuk membolehkan itu semua berlaku bagai tiada kesan ke atas dirinya di negara-negara orang muslim. Menyedihkan..

Tiada ulasan: