Ahad, 26 Oktober 2025

DUNIA MAKIN PANAS



Mangsa banjir di Kedah menurun kepada 1,335 orang, 10 PPS ditutup


ALOR SETAR: Mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 1,335 mangsa daripada 381 keluarga di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di lima daerah selepas 10 PPS di tiga daerah ditutup hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Kedah dalam kenyataannya berkata, PPS yang ditutup adalah empat di Kulim iaitu di Surau Taman Sang Kancil; Dewan Kampung Paya Tok Betok; Dewan Orang Ramai Sungai Karangan dan Surau Kampung Padang Meha.

Sementara itu, empat PPS di Baling iaitu Dewan Tun Abdul Razak, Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu; Kompleks Belia dan Sukan serta SK Seri Jemeli juga ditutup sepenuhnya hari ini.


Ribut petir diramal landa Terengganu, Sabah, Sarawak dan Labuan malam ini


KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Terengganu, Sarawak dan Sabah serta Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga 7 malam ini.

MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan kawasan dijangka terjejas di Terengganu adalah Marang, Dungun dan Kemaman, manakala di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan dan Kapit, Song serta Bukit Mabong.

Di Sabah pula membabitkan kawasan pedalaman di Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort serta Tawau.

Sehubungan dengan itu, orang awam diingatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kemungkinan berlaku hujan lebat serta tiupan angin kencang, yang berpotensi mengakibatkan banjir kilat dan kerosakan sementara di kawasan terbabit. – BERNAMA


IKLIM KITA

TERUS BERUBAH

AMIN

BANJIR KEMARAU

BANJIR KEMARAU

BERLAKU TIAP

TAHUN

AMIN

MAKIN KERAP

MAKIN GANAS

AMIN

INI TANDA DUNIA

MAKIN PANAS

KHALAS

Tiada ulasan: