Selasa, 7 Oktober 2025

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SELASA 7 OKTOBER 2025

TAUFAN AL-AQSA


SABTU 7 OKOBER 2023
Pagi subuh Sabtu 7 Oktober dua tahun dulu Hamas masuk ke  Isreal dan menyerang Zionis Blackrock.

Soldadu Zionis masuk membalas – perang bermula – Zionis Blackrock memulakan dasar BUNUH SEMUA WARGA PALESTIN atau genosid. Dunia heboh.

Minggu lalu Maharaja Trump buat arahan  tamatkan perang ini. Buat gencatan senjata. Ketika gua menulis ini perbincangan masih berjalan di  Cairo – Zionis, Hamas dan Tok Arab Mesir dengan menantu Trump seorang Yahudi sedang berbincang.

Dunia menunggu.

Dalam masa yang sama - kemarin Zionis Blackrock telah menembak mati 30++ warga Palestin walau pun sedang berbincang hal damai.

AWAS – Zionis Blackrock telah dua kali GUNA MASA BERBINCANG UNTUK MEMBUNUH – Kali pertama ketika Amerika bincang dengan Iran tentang nuklear. Bom meledak – Iran di serang. Kedua ketika Hamas dan Zionis berbincang di Qatar – bom meledak – Qatar di serang ! Jeng jeng jeng-

Cakap Zionis Blackrock macam cakap Madafaka – tak boleh pakai. Amin.

PRN SABAH
Dewan Negeri telah dibubar. Semua kecoh.  Hari berkempen dan mengundi belum di umum – semua menunggu.

PRN Sabah menarik – ini kertas litmus untuk melihat apakah kerajaan Madafaka akan dapat sambutan. Jika di Sabah PH dan Madafaka kalah – maka ini akan mempengaruhi PRU 16 – kali ini warga Sabah memainkan peranan yang amat penting – Bila Sabah benci maka  Semenanjung lagi benci.

ARWAH ZARA pasti jadi peluru untuk menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan PH dan BN.

RASUAH – ini satu lagi peluru untuk menghasut pengundi  untuk terajang Madafaka.

TAPI awas !!! Ini Sabah baaak – semua  boleh di jual beli  – kah kah kah

AMERIKA
Maharaja Trump  mengancam akan gunakan Udang-Undang Perang bila mahkamah menolak rancangan Trump untuk guna Askar Wataniah atau National Guard. Askar ini  nak di guna untuk menangkap pendatang haram dan  membantu Jabatan Imigresen.

PERANCHIS
PM France letak jawatan. Tak sampai dua bulan jadi PM. Krisis sekali lagi di Paris. Rakyat mahu presiden Macron bubar parlimen dan buat pilihan raya umum.

NEW ZEALAND
Rumah Menteri Luar New Zealand di serang  oleh para penunjuk perasaan. Malaon ini  berkata dia enggan mengiktiraf negara Palestin.   Lanun Luffy datang menyerang.

MESIR
Cairo jadi Tuan Rumah untuk perundingan  damai Perang Gaza.

RUSIA
Netanyahu datang ke Moscow berjumpa Putin. Mereka berbincang hal Gaza, Iran dan Syria

ISRAEL
Greta Thunberg di usir dari Isreal. Dia salah seorang aktivis terlibat dalam Flotila Sumud. Kini dia bergerak ke Greek dan merancang  akan menyertai  Flotila Ke Dua ke Gaza.

HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. Kemarin hujan petang. Matahari dah keluar – Sinar indah berseri. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit Biru terbentang. Angin kuat  kemarin. Ada   sebatang pokok Cempaka tumbang di Hokkien.

Ha ha – pagi ini awalnya hanya Dua Puppy Kuning datang – tapi kemudian – Puppy Hitam adik beradik juga datang. Jantan Baik juga sampai. Semua makan. 

Tiong juga datang mencari nasi.

Ha ha lepas makan dua Puppy Kuning datang nak bermain dengan  Tak Tak dan Ezi -  gua rasa projek jadi kawan ini akan mengambil masa. Amin



Jantan Baik mengekori kami hingga ke jalan pulang – gua tinggalkan Friskies – dia masih  takut - takut berani – datang dekat kemudian lari. 

Gua yakin hari ini akan panas. Cahaya dah sampai ke balkoni gua. Tak Tak sedang berjemur mandi cahaya. AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA

Bila redup kita berpindah
Tiang seri  sasaran  panah
Hidup ini cukup indah
Matahari pagi membawa panas

Jika redup kita berpindah
Biji  selasih jadikan benih
Hidup ini cukup indah
Udara bersih air jernih

LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG

SELAMAT BEKERJA

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

maDAPfaka blackrock ajak trump makan kenduri...

mintak lu sediakan babi guling dan sekawah gulai babi.. untuk menyambut tetamu datang..

kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

kadang2 chuba buat video pendek pagi ini
a picture paints a thousand words
a vidio tell a million story
akan datang anthology tt