PAGI INI
PAGI INI
SELASA 7 OKTOBER 2025
TAUFAN AL-AQSA
SABTU 7 OKOBER 2023
Pagi subuh Sabtu 7 Oktober dua tahun dulu Hamas masuk ke Isreal dan menyerang Zionis Blackrock.
Soldadu Zionis masuk membalas – perang bermula – Zionis Blackrock memulakan dasar BUNUH SEMUA WARGA PALESTIN atau genosid. Dunia heboh.
Minggu lalu Maharaja Trump buat arahan tamatkan perang ini. Buat gencatan senjata. Ketika gua menulis ini perbincangan masih berjalan di Cairo – Zionis, Hamas dan Tok Arab Mesir dengan menantu Trump seorang Yahudi sedang berbincang.
Dunia menunggu.
Dalam masa yang sama - kemarin Zionis Blackrock telah menembak mati 30++ warga Palestin walau pun sedang berbincang hal damai.
AWAS – Zionis Blackrock telah dua kali GUNA MASA BERBINCANG UNTUK MEMBUNUH – Kali pertama ketika Amerika bincang dengan Iran tentang nuklear. Bom meledak – Iran di serang. Kedua ketika Hamas dan Zionis berbincang di Qatar – bom meledak – Qatar di serang ! Jeng jeng jeng-
Cakap Zionis Blackrock macam cakap Madafaka – tak boleh pakai. Amin.
PRN SABAH
Dewan Negeri telah dibubar. Semua kecoh. Hari berkempen dan mengundi belum di umum – semua menunggu.
PRN Sabah menarik – ini kertas litmus untuk melihat apakah kerajaan Madafaka akan dapat sambutan. Jika di Sabah PH dan Madafaka kalah – maka ini akan mempengaruhi PRU 16 – kali ini warga Sabah memainkan peranan yang amat penting – Bila Sabah benci maka Semenanjung lagi benci.
ARWAH ZARA pasti jadi peluru untuk menghasut orang ramai untuk membenci kerajaan PH dan BN.
RASUAH – ini satu lagi peluru untuk menghasut pengundi untuk terajang Madafaka.
TAPI awas !!! Ini Sabah baaak – semua boleh di jual beli – kah kah kah
AMERIKA
Maharaja Trump mengancam akan gunakan Udang-Undang Perang bila mahkamah menolak rancangan Trump untuk guna Askar Wataniah atau National Guard. Askar ini nak di guna untuk menangkap pendatang haram dan membantu Jabatan Imigresen.
PERANCHIS
PM France letak jawatan. Tak sampai dua bulan jadi PM. Krisis sekali lagi di Paris. Rakyat mahu presiden Macron bubar parlimen dan buat pilihan raya umum.
NEW ZEALAND
Rumah Menteri Luar New Zealand di serang oleh para penunjuk perasaan. Malaon ini berkata dia enggan mengiktiraf negara Palestin. Lanun Luffy datang menyerang.
MESIR
Cairo jadi Tuan Rumah untuk perundingan damai Perang Gaza.
RUSIA
ISRAEL
Greta Thunberg di usir dari Isreal. Dia salah seorang aktivis terlibat dalam Flotila Sumud. Kini dia bergerak ke Greek dan merancang akan menyertai Flotila Ke Dua ke Gaza.
HOKKIEN
Pagi ini cerah basah segar. Kemarin hujan petang. Matahari dah keluar – Sinar indah berseri. KL & KL Sentral berkabus nipis. Langit Biru terbentang. Angin kuat kemarin. Ada sebatang pokok Cempaka tumbang di Hokkien.
Ha ha – pagi ini awalnya hanya Dua Puppy Kuning datang – tapi kemudian – Puppy Hitam adik beradik juga datang. Jantan Baik juga sampai. Semua makan.
Tiong juga datang mencari nasi.
Ha ha lepas makan dua Puppy Kuning datang nak bermain dengan Tak Tak dan Ezi - gua rasa projek jadi kawan ini akan mengambil masa. Amin
Jantan Baik mengekori kami hingga ke jalan pulang – gua tinggalkan Friskies – dia masih takut - takut berani – datang dekat kemudian lari.
Gua yakin hari ini akan panas. Cahaya dah sampai ke balkoni gua. Tak Tak sedang berjemur mandi cahaya. AMIN
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SELASA
Bila redup kita berpindah
Tiang seri sasaran panah
Hidup ini cukup indah
Matahari pagi membawa panas
Jika redup kita berpindah
Biji selasih jadikan benih
Hidup ini cukup indah
Udara bersih air jernih
LAKUKAN HARI INI
LAKUKAN SEKARANG
SELAMAT BEKERJA


2 ulasan:
maDAPfaka blackrock ajak trump makan kenduri...
mintak lu sediakan babi guling dan sekawah gulai babi.. untuk menyambut tetamu datang..
kah kah kah
kadang2 chuba buat video pendek pagi ini
a picture paints a thousand words
a vidio tell a million story
akan datang anthology tt
Catat Ulasan