Isnin, 24 November 2025

AWAS !!! WARGA CHINA MERAH - PENIPUAN SIBER



Junta Myanmar tahan hampir 1,600 warga asing hasil operasi 5 hari di hab penipuan siber

YANGON: Junta Myanmar menahan hampir 1,600 warga negara asing dalam tempoh lima hari operasi besar-besaran di hab penipuan siber di sempadan Thailand.

Menurut media kerajaan, The Global New Light of Myanmar, data terkini diumumkan junta menunjukkan 1,590 warga asing yang memasuki Myanmar secara haram ditahan antara 18 hingga 22 November dalam serbuan di pusat perjudian dan penipuan Shwe Kokko.

"Selain itu, pihak berkuasa merampas 2,893 komputer; 21,750 telefon bimbit; 101 peranti satelit Starlink; 21 router dan sejumlah besar bahan industri yang digunakan dalam kegiatan penipuan dan perjudian dalam talian," lapor akhbar itu.

Siasatan AFP bulan lalu mendedahkan sejumlah besar peranti satelit Starlink dipasang di bumbung kompleks penipuan, dengan syarikat milik Elon Musk mengumumkan menyahaktifkan lebih 2,500 peranti.

The Global New Light of Myanmar juga melaporkan pada Sabtu sahaja, bahawa seramai 223 individu termasuk 100 warga China ditahan kerana melakukan penipuan dan menjalankan perjudian dalam talian di Shwe Kokko.

Pusat penipuan siber yang menempatkan ribuan pekerja sukarela serta mangsa pemerdagangan manusia dari luar negara, berkembang pesat di kawasan sempadan Myanmar yang kurang dikawal sejak rampasan kuasa 2021 yang mencetuskan perang saudara di negara itu. - AFP

KITA WAJIB

BERAWAS DENGAN

PENDATANG HARAM

DARI CHINA MERAH

AMIN

ADA 1 JUTA ++

PELANCUNG LESAP

AMIN

PASTI TERLIBAT

KERJA HARAM

KHALAS

Tiada ulasan: