Jumaat, 28 November 2025

KERAJAAN ANWAR BIN IBRAHIM LEBIH GANAS DARI KERAJAAN MADEY MAHAFIRAUN



Serbuan SPRM ulang gaya lama BN, cemar imej Madani, kata Hanipa

Bekas timbalan menteri undang-undang Mohamed Hanipa Maidin membidas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu kediaman ahli perniagaan Albert Tei, meskipun peguamnya memaklumkan tarikh untuk merakam kenyataan telah pun ditetapkan.

Katanya, walaupun peguam Tei, Mahajoth Singh, mendakwa pegawai SPRM memasuki rumah anak guamnya dengan waran, namun tindakan itu tetap “pencerobohan tidak wajar” kerana mereka sudah pun bersetuju untuk Tei hadir memberi keterangan pada Isnin ini.

Mohamed Hanipa Maidin

“Isu yang dipersoalkan bukan kuasa penyiasatan SPRM, tetapi keperluan dan kewajaran pendekatan sedemikian.

“Tiada siapa mempertikaikan kuasa SPRM menyiasat rasuah. Persoalannya: adakah perlu menggunakan taktik keras sebegini, sedangkan tarikh untuk merakam kenyataan sudah ditetapkan?” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Hanipa turut mempersoalkan justifikasi melakukan serbuan terhadap individu yang bukan ancaman keselamatan.

“Adakah Tei ini pengganas tegar sampai perlu diserbu sebegitu rupa?” soalnya lagi.

SPRM pagi tadi menahan Tei selepas anggota suruhanjaya itu menyerbu kediamannya di Puchong, Selangor.

Berdasarkan rakaman video pendek yang diberikan kepada Malaysiakini, sekumpulan pegawai SPRM lengkap dengan peralatan taktikal - termasuk jaket kalis peluru dan penutup muka - mengari Tei sebelum mengiringnya ke dalam sebuah kenderaan hitam tanpa nombor kenderaan.

Seorang lagi peguamnya, Zaid Malek, yang merakam video itu kedengaran bertanya berulang kali kepada pegawai berkenaan mengenai ke mana Tei dibawa dan meminta bercakap dengan pegawai yang bertanggungjawab, tetapi tidak diendahkan.

Tei - yang merupakan individu utama dalam pelbagai dakwaan rasuah terhadap ahli politik terkenal Sabah - dilihat mengangkat tangan ke arah kamera beberapa kali sambil melaungkan "lawan tetap lawan" sebelum dimasukkan ke kereta.

Mengulas lanjut, bekas ahli parlimen Sepang itu berkata tindakan tersebut mengingatkannya kepada amalan era pentadbiran BN dahulu, ketika serbuan agresif terhadap tokoh politik dianggap perkara lazim.

“Saya pernah mewakili tokoh seperti Mohamad Sabu pada masa lalu. Taktik begini lumrah pada zaman BN. Tak sangka ia berulang ketika negara ditadbir kerajaan Harapan,” katanya yang juga adalah seorang peguam.

“Malangnya, ia berlaku lagi dalam era Madani,” tambahnya, sambil menyatakan kebimbangan terhadap hala tuju budaya pentadbiran semasa.

SPRM setakat ini belum mengeluarkan penjelasan terperinci mengenai alasan keperluan serbuan tersebut

WOIT

DULU KERAJAAN

MADEY 

MAHAFIRAUN

BUAT GANAS

AMIN

KINI KERAJAAN

MADAFAKA

ANWAR BIN

IBRAHIM LAGI

GANAS

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betul ummi hafilda mengaku dia pernah kena zalim dengan tpm masa tu...

Tanpa Nama berkata...

nak sembang apa pun boleh tapi dah ada kuasa boleh buat apa? dulu kata nak buat macamna x menang x dak kuasa, sekarang ,…… alahai aduhai naik melugai !!!