PAGI INI
PAGI INI
SABTU 29 NOVEMBER 2025
ZALIM DAN GANAS
TANGKAPAN ZALIM
Kemarin satu Malaysia heboh – berita Albert Tei kena tangkap – Satu GEROMBOLAN – jantan pakai topeng - telah masuk dan menangkap Albert Tei di rumah – Wow klip video yang tular merebak – beratus ribu penonton - betul-betul macam OPERASI video Soldadu Amerika di Pakistan menangkap Usama Bin Ladin. HEBAT.
Tapi gua HORMAT pada Albert : sosok ini bukan calang orang – Dia melaungkan LAWAN TETAP LAWAN – bila dia di gari nak di bawa masuk ke dalam kereta tanpa nombor - hebat memang hebat.
PALING HEBAT ialah Albert gunakan perkataan ENAM PUCK PISTOL LETAK DI KEPALA SAYA – ini adalah penggunaan bahasa yang tepat – PUCUK PISTOL – biasa ada orang akan guna SEBIJI PISTOL – atau SEBUAH PISTOL – tapi Albert guna ENAM PUCUK PISTOL – gua beri A+++ untuk Bahasa Melayu. Amin
SHAMSUL juga kena tangkap – tapi berita tak heboh – dia datang ke Pejabat SPRM terus di tahan. Tak ada video klasik menggambarkan Sam Ketot aka Jedi lawan GEROMBOLAN BERTOPENG - kah kah kah
MINAH PROKSI juga telah di tahan lebih awal – Ini Minah Misteri – sapa Minah ini - Jeng Jeng Jeng – gua tanya orang PKR – takda sapa tahu Minah ini – ertinya bukan ORANG PARTI.
Gua kesian pada Sam – lepas ni nak kerja apa ? Dia nak jadi PEGUAM pasti takda sapa percaya lagi kah kah kah. Nak jual bontot pada Anwar bin Ibrahim – susah kerana kini supply dah melambak kah kah kah.
KES INI akan berterusan TAPI PEMBANGKANG manai tidak bijak memanipulasi BABAK Ini untuk di kembang luas sebagai PELURU untuk menghasut orang ramai untuk humbankan Anwar Bin Ibrahim.
Dalam BERSATU bergaduh SAPA NAK JADI PM ? kah kah kah Woit menanglah dulu PRU16 - baru bincang sapa PM.
RAFIZI terus rasional – tunjuk silap pemimpin yang bijak . Rafizi membetulkan jalan cerita tentang sapa Albert Tei ini – Menurut Rafizi Albert ini tukang cari projek – ada pelabur di belakang. Cerita Madey di belakang Albert yang cuba di jual oleh penjilat Anwar bin Ibrahim TIDAK BETUL mengikut Rafizi. AMIN
UKRAINE
Setiausaha Negara Ukraine letak jawatan kerana terlibat dalam kes rasuah.
CHINA MERAH
8 orang Jeneral dari pasukan askar China di berhentikan kerana terlibat dalam rasuah. Apakah akan d ditembak mati ? Belum ada berita lagi.
BELGIUM
Bank berdaftar di Belgium adalah bank yang menyimpan DUIT RUSIA yang dibekukan. Kerajaan Belgium menolak rancangan Kesatuan Eropah untuk ambil dan gunakan duit ini untuk di pakai di Ukraine.
AMERIKA
Trump keluar arahan untuk batalkan semua ARAHAN EKSEKUTIF PRESIDEN BIDEN.
HONG KONG
Flet tinggi terbakar menjerut nyawa 128 orang. Lebih 200 sosok belum di temui.
AMERIKA
Trump beri arahan akan TUTUP semua pendatang dari DUNIA KETIGA untuk masuk ke Amerika. Yang dah ada di Amerika akan di hentikan bantuan.
HOKKIEN
Pagi ini basah sejuk. Kemarin hujan . Matahari belum bersinar. Langit berawan putih – kelihatan sedikit langit biru. KL & KL Sentral berkabus – bangunan tinggi di liputi awan.
Siti dan kaum keluarga datang hampir ke Pintu Masuk - kali ini ada Emak dan Ayah – Pendatang Hokkien tak kelihatan. Enam Puppy makan – Ezi melihat dari dekat – tak campur.
Jantan Baik ikut kami berjalan ke arah Kuil – nampaknya makin mesra – Tapi masih belum boleh di usik badan.
Gua tak dengar suara unggas pagi ini. Bunyi mesin potong rumput di tiga kawasan mendominasi Hokkien.
Jap lagi gua nak ke Chow Kit rutin biasa – malam tadi ke NSK – Beet Root tak ada di NSK. Gua wajib beli di Chow Kit – 6 Rm sekilo di NSK – 12Rm sekilo di Chow Kit – gua takda pilihan – ini menu wajib untuk gua.
Balkoni gua nampak cerah tapi cahaya belum sampai. Gua harap hari ini akan panas. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
SABTU
BRO
Sosok bodoh akan banyak bercakap – sosok bijak hanya mendengar.
BRO
Kebijaksanaan ini macam api – Lu boleh mendapatnya dari orang lain.
BRO
Jika lu sombong itu tanda lu tidak bijak. Amin
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI


Tiada ulasan:
Catat Ulasan