Khamis, 20 November 2025

PAGI INI


PAGI INI


PAGI INI

KHAMIS 20 NOVEMBER 2025

CERDIK KERTAS


KANG KONG
Kemarin gua terima surat dari pembaca TT – sosok ini mengeluarkan satu konsep baru CERDIK  KERTAS -  bagus konsep ini untuk membantu  konsep KANG KONG yang kini di ketahui umum.

Konsep PROFESOR KANG KONG kini di fahami dan di hayati. Malah akhir-akhir ini muncul MINAH KANG KONG dari UIA – Minah Kang Kong ini membuat banyak lawak – bersangkutan dengan  Melayu da Islam.

NOTA : Paling lawak Minah Kang Kong ini klim Siti Khadijah  isteri Nabi Muhamad  datang dari Tanah Melayu – wow – Masuk akal  jua kerana TELEKONG SITI KHADIJAH ada di Malaysia.

PERSOALAN ialah : Siti Khadijah  duduk di mana – di kampong mana? Di  Senaling atau di Tumpat ?  Kah kah kah.

CIK SITI WAN KEMABNG itu betul ke  anak sedara Siti Khadijah ?

Tapi  amat ganjil : Telekung Siti Khadijah ini di buat di China – apakah  ada cucu cicit Siti Khadijah di China ? Kah kah kah.

PHD
Gua hairan ramai betul pemilik PHD di kalangan kita. Zahid Hamidi ada Phd. Ibrahim Ali ada Phd. Zambry Kadir ada Phd – sapa lagi ? kah kah kah – Gua nak tanya apa THESIS PHD MEREKA ? 

BERBADAN ROSMAH 
Kentut bertambah masam bila gua baca berita Datuk Vida yang  Berbadan Rosmah itu juga ada PHD – Datuk Doktor Vida. – kah kah kah –

Opps...  Profesor  Dr Solehah ini juga Berbadan Rosmah.

Tahniah Hollywood kerana telah  berjaya  membingkaikan  sesiapa  saja BEBADAN ROSMAH  tidak boleh di percayai – Dalam semua filem Holywood Sang Rosmah  menjadi pelawak – menjadi BAHAN LAWAK  - hingga sekarang GEMOK di cap  pembohong dan pelawak.

Kesian Samsul Iskandar dan Lokman Adam !!!

Cathay Keris pun ada pelakon Berbadan Rosmah : Yasmin  – selalu jadi Babu pembantu rumah yang  melawak – kah kah kah

RUMUSAN
Maka sah dan sahih  CERDIK KERTAS ini sedang menjalar dan merebak sama seperti KANG KONG. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini rintik-rintik – petang kemarin awalnya panas kemudian hujan – sekejap hujan sekejap berhenti hingga pagi ini.

Pagi ini matahari tak kelihatan. KL & KL Sentral masih berkabus tapi kurang dari kemarin.

Tekukur tak kedengaran TAPI  pagi ini amat  menarik kerana ramai PIPIT – ini Pipit Makan Berhujan – wow – rumput dan meninggi makan Pipit datang kembali.

KELUARGA SITI  datang makan – awalnya gua tak nampak mereka – kemudian muncul beramai-ramai.  Gua beri makan.

Ketika mereka makan Tak Tak dan Ezi hanya melihat.

Pagi ini ada satu kumpulan  PENDATANG BARU ke Hokkien  – ramai hampir 10 ekor – Menyalak   kuat - tapi Tak Tak berani hadapi mereka. Amin

Gua harap hari ini akan panas.

BRO
SENYUM
SENYUM DI PAGI
KHAMIS

BRO
Jika lu ada haiwan  peliharaan  - lu akan jadi manusia baik.

BRO
Haiwan peliharaan lu akan disiplinkan hidup lu untuk hormati masa.

BRO
Jika lu ada kucing ada anjing ada  burung – lu tidak akan sunyi – malah lu akan jumpa banyak kawan macam lu.

BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BEKERJA

Tiada ulasan: