Sabtu, 4 April 2026

PAGI INI


PAGI INI

PAGI INI

SABTU 4 APRIL   2026

RAYA HARI KE 15

PERANG HARI KE 36


UCAPAN PRESIDEN TRUMP
Tiga hari dulu Trump berucap  kepada warga Amerika. Trump akan bom Iran hingga masuk ke zaman batu. Amin.

Trump umum Iran dah kalah : Askar laut IRAN dah musnah – Askar Darat   Iran dah hancur – Askar Udara Iran dah lingkup.  Ramai tepuk tangan bila dengar ucapan Presiden Trump.

KEMARIN Iran jawab : Iran tembak jatuh 2 biji PESAWAT F15 – jet pejuang terhebat tercanggih milik Amerika – KAH KAH KAH.

WOIT Trump lu jangan klim cepat sangat – lu klim lu dah menang tapi Iran masih melawan – PELURU BERPANDU dan DRONE Iran masih meledakkan Israel.  Masih meledakkan  nagara Arab  BARUA AMERIKA – amin.

TAHUN  2026 MELAWAT MALAYSIA
Di laporkan bahawa RAMAI PELANCUNG dari seluruh dunia nak datang ke Malaysia – Pelancong nak melawat negara kita – nak enjoi de menjoi.

Tempat utama yang nak di lawati oleh pelancong luar negara ialah Putrajaya,

Dari laporkan dalam Majalah WORLD TRAVELS  satu tulisan yang memaparkan  BANGUNAN YANG MENJADI TARIKAN DUNIA IALAH BAGUNAN SPRM di Putrajaya.

BUKAN kerana reka bentuk yang amat menarik.

Pelancong LUAR NEGARA NAK LIHAT BANGUNAN YANG PALING UNIK DALAM DUNIA – HANYA INILAH SATU SATUNYA  BAGUNAN PEJABAT ANTI- RASUAH  YANG  TURUT SAMA MENGAMALKAN RASUAH.

Ini amat menarik. Di Hong Kong, di India, di Bangladesh , di Korea Selatan , di Jepun  ada Bangunan ACA – Anti Corruption Agency.  TAPI TIDAK MENARIK.

Yang di PUTRAJAYA  menarik kerana pegawai yang menjalankan kerja melawan dan membasmi rasuah TERLIBAT SAMA MENGAMBIL RASUAH – ini unik – ini amat menarik. 

PELANCUNG INGIN BERGAMBAR DEPAN BANGUNAN SPRM INI.

JUSTERU BANGUNAN SPRM DI PUTARJAYA  AKAN MENJADI IKON UNTUK PELANCUNG SEDUNIA. Amin.

HOKKIEN
Pagi ini gua bawa Tak Tak masuk Hokkien – dekat pintu  masuk ada keluarga sedang membakar colok. Mercun  meledak DISANA SINI.  Pasti ramai  keluarga sembahyang ujung minggu.

Tak Tak takut  - enggan bergerak – gua tarik  dia berkeras – Lalu kami  keluar dan berjalan dalam kawasan flet. Tak Tak tak berak hanya kencing sana sini.

Tapi gua ada ambil sekeping duit DARI BANK NERAKA. Gua ambil dari atas kubur  – inilah duit yang nak di hantar kepada arwah yang dah mati. 

Di Syurga tak perlu duit – semua ada tersedia dengan baik.

Di NERAKA perlu duit untuk bayar duit rasuah agar  suhu api  neraka dipadamkan atau untuk beli  makanan.  AMIN

Hari ini akan panas. Jap lagi gua nak ke Chow Kit – nak tengok apakah HARGA BAHAN MAKANAN dah naik kerana Selat Hormuz di tutup.

BRO
SENYUM
SENYUM
SAMBUT PAGI SABTU

BRO
Duit lu boleh cari. Masa  tak dapat di ulang.

BRO
Gunakan masa dengan baik – sebelum duit lu habis.

BRO
Masa dan waktu yang lu gunakan dengan baik adalah kekayaan sejati. Amin

LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: