Sabtu, 4 April 2026

PELUANG UNTUK MENGHASUT !!!


KAH KAH KAH

KAMI BUKAN

TAK TAHU MINYAK

NAIK SEBAB

 PERANG

KAH KAH KAH

KAMI BUKAN NGOK

TAK TAHU

GEO-POLITIK

AMIN

TAPI INI PELUANG

UNTUK HASUT

RAKYAT

BENCI ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN

HASUT UNTUK

TURUN TURUN

DAH HUMBAN

KAH KAH KAH

KHALAS



Harga minyak: Ada pihak kurang cerdik salahkan kerajaan, kata PM

Anwar bin Ibrahim menyifatkan pihak tertentu yang menyalahkan kerajaan atas kenaikan harga runcit bahan api sebagai 'orang yang kurang cerdik' selain kumpulan yang tidak ambil tahu perkembangan dunia.

Bercakap di Kuantan, Pahang hari ini, Anwar bin Ibrahim berkata, masalah juga menjadi lebih parah apabila pihak terbabit mahu mempolitikkan semua yang berlaku.

"Ada orang yang kurang cerdik di luar sana, dia salahkan kita...

“Kamu tak boleh salahkan kita. Kamu tak baca buku ke? Kamu tak ikut berita ke? Kamu sampai tak tahu apa yang berlaku di dunia ke?

"Kamu tidak tahu ke ada sekatan di Selatan (Selat Hormuz). Ini masalahnya, semua nak dipolitikkan di negara ini," katanya ketika berucap pada program Himpunan Anak Pahang Madani 2026 di Kuantan, Pahang, hari ini.

Kira-kira 7,000 anak muda pelbagai peringkat umur hadir pada himpunan yang turut disertai Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail, dan Menteri Belia dan Sukan, Taufiq Johari itu.

Anwar dalam pada itu mengulangi kenyataan bahawa kerajaan sedang mengatur ekonomi negara bagi menyerap kesan daripada kemelut berpanjangan antara di Iraq dengan AS dan Israel.

"Berapa harga minyak di Malaysia? RON95 antara harga minyak paling rendah di dunia - RM1.99 seliter... orang politik yang tidak mengikuti perkembangan, dia terus marah.

"Tanya di negara-negara jiran, semua beratur (sebab) catuan minyak tak cukup, di negeri jiran... ada masalah di negara-negara jiran ada catuan, tak boleh beli minyak lebih.

"Ada sebuah negara jiran di Asean, lebih 400 kedai minyak sudah ditutup... di Malaysia, alhamdulillah, kita boleh bertahan," jelasnya.

ADS

Peruntukan besar buat pendidikan

Dia yang juga Menteri Kewangan memaklumkan, akhir tahun lalu dan awal tahun ini, Bank Negara Malaysia dalam kenyataan memberitahu perkembangan ekonomi mencatatkan prestasi yang sangat baik dan pelaburan tertinggi dalam sejarah negara.

Katanya, pertumbuhan ekonomi juga melangkaui unjuran awal dengan kekuatan ringgit terbaik di rantau Asia.

"Tapi ada persiapannya, setiap tahun saya cakap peruntukan untuk pemerintahan, bidang pendidikan, bidang pertahanan, bidang kesihatan research, science and technology.

"Anak-anak tahu dalam perbelanjaan negara, peruntukan terbesar adalah di bidang pendidikan sebab kita mahu anak-anak terdidik, anak-anak punya kekuatan... meningkatkan kefahaman mereka dan menjadi benteng bagi ketahanan negara masa depan," katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu turut mengingatkan di sebalik perkembangan teknologi – termasuk kecerdasan buatan (AI) – anak muda perlu mempertahankan adab dan akhlak kerana ia menjadi benteng penting dalam memastikan negara ini dalam keadaan aman tenteram.

"Jadi saya tengok anak-anak hari ini, saya bersemangat... saya tak tahu apa ilmu yang anda baca. Saya lalu-lalu tadi ambil foto-foto, semangat saya pun naik tinggi.

"... dari anak Melayu, anak Cina, anak India, anak Orang Asli, tapi mereka berkumpul dan berkawan sebagai sahabat, bangkit mempertahankan negara Malaysia.

"Kenapa? Kenapa nak ditanam kebencian?” katanya.

Tiada ulasan: