BILA ROSMAH
AKAN MASUK
KE PENJARA ?
AMIN
𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗚 𝟭𝗠𝗗𝗕 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗛𝗔𝗕𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥, 𝗕𝗡 𝗝𝗢𝗛𝗢𝗥 𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗞𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡 𝗚𝗨𝗡𝗔 𝗡𝗔𝗠𝗔 𝗡𝗔𝗝𝗜𝗕
✍️ Ahmad Mursi
1. Bila Mahkamah keluarkan 809 muka surat alasan penghakiman bertulis kes 1MDB Najib, semua orang boleh baca dan nilai sendiri betapa besarnya bencana 1MDB kepada negara.
2. Bukan cerita kosong. Bukan fitnah politik. Kes ini dibicara merentasi kerajaan BN, PH, PN.
3. Dalam dokumen itu, boleh tengok rekod transaksi dan dapatan mahkamah bagaimana wang berbilion ringgit mengalir keluar daripada akaun berkaitan 1MDB, masuk ke akaun-akaun perantara, sebelum sebahagiannya berakhir dalam akaun peribadi Najib.
4. Bayangkan negara buat hutang atas nama pembangunan. Tapi duit hutang itu sebahagiannya mengalir masuk dalam akaun peribadi, sebahagian lagi digunakan untuk melabur. Rakyat dan negara jadi tukang bayar hutang.
5. Beban hutang tu ditanggung sampai puluhan tahun. Anak yang lahir masa skandal tu 2013, dah kahwin anak dua nanti pun, kerajaan tak habis bayar lagi 2043.
6. Sebab itu kalau UMNO Johor dan kelompok politik yang rapat dan ada talian darah dengan Najib masih mahu berkempen untuk mencuci imej Najib, rakyat Johor kena nampak perkara ini sebagai isu besar.
7. Ini bukan soal benci Najib atau nafikan jasa dia dalam hal pembangunan.
8. Ini soal negara pernah dimalukan dengan skandal kewangan dan rasuah terbesar dalam sejarah negara.
9. Imej Malaysia rosak. Keyakinan pelabur terjejas. Duit yang sepatutnya boleh pergi kepada pendidikan, kesihatan, kebajikan rakyat dan pembangunan negara, kini terpaksa digunakan untuk menanggung beban hutang skandal lama.
10. Jadi bila Onn Hafiz jadikan Najib sebagai antara tema kempen awal BN Johor, eloklah jangan terlalu kuat bercakap soal integriti dan politik bersih.
11. Kalau betul UMNO Johor mahu berubah, mulakan dengan berani mengaku kesilapan lama dan move on.
12. Bukan hidupkan semula nostalgia terhadap zaman yang sudah menjahanamkan negara.
13. Najib bukan mangsa. Banyak negara lain juga sudah menghukum individu yang terlibat dalam aliran wang haram 1MDB.
14. Fakta itu tak boleh dipadam dengan kempen simpati.
15. Dalam PRN Johor ini, rakyat kena fikir masa depan. Bukan terperangkap dengan nostalgia politik lama.
16. Kalau UMNO Johor masih mahu kembali kepada budaya dan penyakit lama, rakyat Johor patut tolak.
17. Negara ini perlu bergerak ke depan, bukan kembali memutihkan skandal yang jadi luka kepada negara dan rakyat negara kita.
https://www.facebook.com/share/p/1DCV18sKwo/


Tiada ulasan:
Catat Ulasan