FAUZIH GEMOK
UDAH SILAP
AMIN
PATUTNYA ARAHKAN
SPRM SIASAT
DARIMANA RAFIZI
DAN NIK NAZMI
DAPAT DUIT BELI
KASUT BALLY
AMIN
BUKA KES AMLA
WANG HARAM
AMIN
DALAM PRU16
NIK DAN RAFIZI
TAK BOLEH
BERTANDING
KERANA ADA KES
KAH KAH KAH
KHALAS
PKR serah peguam tentukan tindakan terhadap Rafizi, Nik Nazmi - Fuziah
JOHOR BAHRU: Tindakan lanjut terhadap bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang meninggalkan PKR, diserahkan kepada peguam yang dilantik parti, kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.
Beliau menambah, langkah susulan terhadap bekas Timbalan Presiden dan bekas Naib Presiden PKR itu akan diputuskan pasukan peguam parti.
"Mereka sudah letak jawatan sudahlah, sudah keluar parti. Jadi, saya serahkan kepada pasukan peguam," katanya.
Fuziah yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menjelaskan demikian pada sidang media selepas meninjau Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Pasar Raya Econsave Cash & Carry di Taman Daya, di sini hari ini.
Terdahulu pada 17 Mei lalu, Rafizi dan Nik Nazmi melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Parlimen Setiawangsa disusuli pengumuman keluar PKR.
Berikutan itu, PKR dilaporkan meneliti kemungkinan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka mengikut peruntukan Akta Antilompat Parti serta menuntut bon bernilai RM10 juta yang dikenakan terhadap kedua-dua mereka.
Rafizi dan Nik Nazmi kemudian mendaftar sebagai ahli biasa Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) pada 21 Mei, namun PKR menganggap tarikh ikrar keluar parti dibuat mereka adalah pada 17 Mei


Tiada ulasan:
Catat Ulasan