Jumaat, 10 Julai 2026

BUDAK ONN BERJAYA MEMBUNGKUS MADAFAKA ?


    KAH KAH KAH 

BUDAK ONN

BERJAYA

MELAWAN 

MADAFAKA

KAH KAH KAH

HASAN KARIM

KATA APA?

AMIN

TERCALAR

 TERCEMAR

TERBUNGKUS

SAEKOR 

MADAFAKA

KHALAS


Onn Hafiz lebih popular dari Anwar, BN dijangka menang dua pertiga di Johor
Populariti Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, yang mengatasi Perdana Menteri Anwar bin  Ibrahim serta perpecahan dalam pasukan pembangkang dilihat memberi kelebihan kepada BN untuk melepasi sasaran kemenangan dua pertiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu ini.

Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisommuddin Bakar berkata, berdasarkan kajian lapangan yang dijalankan, pihaknya menjangkakan BN akan memenangi 39 daripada 56 kerusi DUN, manakala PH dijangka memperoleh sembilan kerusi.


BN dijangka dominasi PRN Johor, Onn Hafiz atasi pengaruh Anwar bin Ibrahim


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) berada pada landasan kukuh untuk melepasi majoriti dua pertiga dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 berdasarkan kajian lapangan Ilham Centre.

Dapatan kajian itu menunjukkan kelebihan BN dipacu oleh faktor ‘setting’ PRN yang lebih menumpukan kepada prestasi kerajaan negeri, rekod pentadbiran serta keberkesanan kepimpinan Menteri Besar berbanding sentimen politik nasional.

Menurut Ilham Centre, BN berjaya memanfaatkan kedudukan sebagai kerajaan negeri dengan membawa naratif kestabilan politik, kesinambungan pentadbiran dan pembangunan Johor yang lebih dekat dengan kehidupan seharian rakyat.

Dalam masa sama, Perikatan Nasional (PN) dilihat tidak lagi menjadi ancaman utama kepada BN seperti ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan kemelut dalaman melibatkan hubungan Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menjejaskan keyakinan penyokong.

“Dalam konteks pilihan raya negeri, pertimbangan pengundi lebih tertumpu kepada prestasi kerajaan negeri, rekod pentadbiran, keberkesanan Menteri Besar serta pembangunan yang dapat dirasai secara langsung.

“Berbeza dengan PRU yang lazimnya dipengaruhi sentimen nasional, ‘setting’ PRN memberi ruang kepada BN memanfaatkan kelebihan sebagai kerajaan negeri tanpa terlalu dibebani persepsi terhadap kerajaan persekutuan,” menurut dapatan kajian itu.

Kajian berkenaan turut mendapati kekeliruan mengenai hala tuju PN serta kegagalan gabungan itu menampilkan naratif yang jelas sepanjang kempen telah melemahkan keyakinan pengundi terhadapnya sebagai alternatif kepada BN.

“Kekeliruan mengenai hala tuju gabungan, disertai kegagalan menampilkan naratif yang jelas sepanjang kempen, telah melemahkan keyakinan pengundi terhadap kemampuan PN sebagai alternatif yang meyakinkan,” jelasnya.

Kajian lapangan yang dijalankan dari 26 Jun hingga 9 Julai itu menggunakan dua metodologi utama iaitu pendekatan kuantitatif menerusi kaji selidik secara tatap muka serta temu bual separa berstruktur, manakala pendekatan kualitatif melibatkan perbincangan kumpulan fokus (FGD) dan temu bual mendalam.

Dapatan kajian menyebut sebahagian penyokong Pas di beberapa kawasan majoriti Melayu dilihat lebih cenderung memberikan sokongan taktikal kepada BN berbanding mempertahankan PN.

Kedudukan BN turut diperkukuhkan menerusi faktor calon yang dikenali, kekuatan jentera serta mesej kempen yang konsisten berkaitan kestabilan politik dan kesinambungan pembangunan negeri.

Ilham Centre turut merekodkan tahap populariti Menteri Besar Johor,  Onn Hafiz Ghazi mencecah 79 peratus dalam kalangan responden, mengatasi Perdana Menteri,  Anwar bin  Ibrahim yang mencatatkan 40 peratus.

“PRN Johor memperlihatkan bahawa populariti menteri besar berjaya mengatasi pengaruh perdana menteri dalam membentuk kecenderungan pengundi.

“BN lebih berjaya menyesuaikan kempen dengan karakter pilihan raya negeri melalui kerja kuat Onn Hafiz serta rekod pentadbiran kerajaan negeri yang mudah diterjemahkan kepada pengalaman harian rakyat,” menurut kajian itu.

Sementara itu, cabaran terbesar Pakatan Harapan (PH) dijangka tertumpu kepada kadar keluar mengundi pengundi Cina di kawasan bandar dan separa bandar.

Kajian mendapati sebahagian pengundi Cina masih melihat PH sebagai pilihan politik mereka, namun tahap keterujaan untuk keluar mengundi berada pada tahap lebih rendah berbanding PRU15.

“PH memerlukan kadar keluar mengundi sekurang-kurangnya 65 peratus bagi mengekalkan kelebihan di kerusi-kerusi bandar dan separa bandar,” katanya.

Bagi pengundi muda yang membentuk kira-kira 48 peratus keseluruhan pengundi, ILHAM mendapati kumpulan itu semakin bersifat ‘candidate centric’ dengan menilai personaliti, rekod perkhidmatan dan keterlihatan calon berbanding faktor parti.

Menurut kajian itu, pengundi muda turut dikategorikan sebagai ‘late decider’ yang hanya memuktamadkan pilihan pada penghujung tempoh kempen selepas menilai calon, perkembangan media sosial serta pandangan rakan sebaya.

Bagi PN pula, Ilham Centre menyifatkan gabungan itu gagal mengekalkan momentum selepas mencatat peningkatan sokongan pada PRU15.

“PN sepatutnya muncul sebagai pencabar utama kepada BN, namun kelemahan dalaman dan kegagalan menampilkan naratif yang jelas telah mengubah dinamik persaingan,” menurutnya.

Berdasarkan keseluruhan dapatan, ILHAM mengunjurkan BN berpotensi memenangi 39 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, manakala PH dijangka memperoleh sembilan kerusi.

Sebanyak lapan kerusi pula masih dikategorikan sebagai sengit iaitu Tenang, Tangkak, Maharani, Layang-Layang, Puteri Wangsa, Johor Jaya, Kota Iskandar dan Bukit Batu.

Menurut Ilham Centre, keputusan di kerusi terbabit akan dipengaruhi tiga faktor utama iaitu kadar keluar mengundi, arah sokongan penyokong PN serta kira-kira 17 peratus pengundi yang masih belum membuat keputusan.

“Strategi politik banyak bergantung kepada keupayaan memahami ‘setting’ pilihan raya yang sedang dihadapi.

“BN lebih awal menyesuaikan kempen dengan karakter PRN yang menekankan kestabilan, prestasi kerajaan negeri dan kekuatan organisasi.

“Sebaliknya, PH dilihat masih membawa sebahagian pendekatan dan jangkaan yang dibentuk oleh pengalaman PRU15. Perbezaan bacaan strategik ini menjadi antara faktor yang menjelaskan mengapa BN lebih berjaya menguasai rentak pertandingan sejak awal kempen,” katanya.

Secara keseluruhan, dapatan kajian Ilham Centre mendapati  kelebihan BN dalam PRN Johor berpunca daripada kemampuan parti itu membawa isu tempatan, kekuatan calon serta penerimaan tinggi terhadap kepimpinan Menteri Besar berbanding pengaruh nasional. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: