Jumaat, 14 Ogos 2020

BERKHALWAT 150







KHALWAT 150
HARI INI JUMAAT 14/8/2020
KITA MASUK KE HARI 150
BERKHALWAT

SUASANA MASIH LAGI
BELUM MENENTU
APAKAH BENAR RUSIA
DAH DAPAT BUAT VEKSIN

DARI APA YANG DIBACA
DI OXFORD JUGA
VEKSIN 
SEDANG DIUJI PAKAI

AGAKNYA
AKHIR TAHUN INI
MUNGKIN VEKSIN AKAN
DITEMUI
SYARIKAT UBAT
MAKMAL KAJIAN SEDANG 
BERLUMBA LUMBA
UNTUK MENDAPAT
LOMBONG EMAS INI

PAGI INI KELAM
KUALA LUMPUR MENDUNG
HUJAN MALAM TADI
MEMBAWA CUACA MALAP

GUA MASUK HOKKIEN
YANG BASAH LEMBAB LECAH
GUA DISAMBUT OLEH
SIMPONI CENGERIK
CUACA BASAH INI
MENJADIKAN HOKKIEN
HEBOH DENGAN
SUARA NYARING 
ALUNAN CENKERIK INI
DI INDAH OLEH 
SUARA TERKUKUR

TERDENGAR
KENG KENG KENG
A.K.A RAJA UNDANG
DI AUSTRALIA DIPANGGIL KOKUBARA

PIPIT TERBANG 
ADALM KUMPULAN KECIL
TAK SUKA BASAH
ATAU 
SEMUANYA 
TELAH MASUK JARING

JIKA MERASA JIWA
TERTEKAN OLEH
KEADAAN KELILING
JAWABNYA BUKAN PINDAH
TAPI
JADI  MANUSIA BARU
TINGGALKAN YANG LAMA

GUNAKAN SEMUA
KEKUATAN YANG ADA PADA DIRI
DAN
SELAINNYA BIARKAN
APA YANG TERJADI
UNTUK BERLAKU

SIMPAN SIKAP INI :
SATELAH MENJALANI HIDUP INI
KITA BERUMUR
KITA TAK MAHU LAGI JADI HAMBA
MENARI MACAM BONEKA
BILA DENGAR GENDANG DIPALU
TAK PERLU MENGOMEL
TENTANG  HARI INI
KOMPLAIN TENTANG KEHIDUPAN
DAN
RISAU TENTANG MASA DEPAN

SEBENARNYA YANG GANGGU KITA
IALAH FIKRAH KITA SENDIRI
JAWABANYA 
BUANGKAN SIKAP YANG DIAMBIL
MAKA KEMARAHAN AKAN LESAP

UNTUK SEMUA INI
PERTAM TAMA
YAKINKAN DIRI
UNTUK JADI APA
KEMUDIAN LAKUKAN
AMIN

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: