Jumaat, 14 Ogos 2020

TANAH MELAYU AKAN TERGADAI







AWAS

TAHUN 2020

KALAU TAK

UBAH CARA

KERJA MAKA

TANAH MELAYU

AKAN TERGADAI


Rasuah boleh hancurkan orang Melayu, kata Dr Mahathir

RASUAH akan menghancurkan orang Melayu yang dilihat memandang ringan terhadap amalan itu dan menjual mandat pengundi, kata Dr Mahathir Mohamed.

Dalam satu catatan baharu di blognya bekas perdana menteri itu menulis mengenai keadaan di bawah kerajaan Perikatan Nasional yang dituduhnya membeli sokongan menggunakan jawatan dan ganjaran lain.

“Selepas kita berjaya gulung kerajaan kleptokrat sekali lagi kita dibelenggu rasuah kerajaan.

“Kita sedang lihat kerajaan Muhyiddin membeli sokongan melalui anugerah jawatan dan wang. Kali ini semua yang tidak sokong dilucut jawatan, digugur dari parti dan didera dengan pelbagai cara. Ada dituduh sombrono, disoal berjam-jam, dimasuk dalam tahanan dan direman.

“Sebaliknya yang disokong dihadiah dengan jawatan tinggi, wang dan aneka jenis kemudahan,” tulisnya. 

Pemimpin itu juga memberikan komen berkenaan keadaan di Sabah di mana pilihan raya negeri akan diadakan tidak lama lagi selepas percubaan oleh bekas ketua menteri Musa Aman untuk membentuk kerajaan bersama Adun yang meninggalkan kerajaan Warisan.

“Kleptokrat di pusat beli ahli parti Kerajaan untuk tumbang Kerajaan. Hasrat rakyat dicabul,” katanya.

Dr Mahathir berkata “ramai orang Melayu memandang ringan rasuah”.

“Sekarang semangat Kebangsaan sudah hilang. Sekarang terdapat hanya ketamakan, apa aku dapat sekarang. Apa jadi esok bukan tanggungjawab aku.

“Oleh itu terima sahajalah sogokan,” katanya.

Beliau kemudian memberi amaran bahawa sikap toleransi terhadap rasuah akan memusnahkan orang Melayu kerana mereka yang mampu memberi rasuah akan memiliki kuasa untuk menentukan siapa yang memerintah negara ini.

“Apabila mereka ini menjadi Kerajaan Malaysia, nasib orang Malaysia tidak lagi akan dilindungi oleh mereka. Sudah tentu Melayu akan jadi mangsa terbesar,” katanya.

Beliau juga memberi amaran bahawa sikap toleransi terhadap rasuah akan melihat negara dipimpin oleh pemimpin yang korup satu demi satu.

“Hari ini Najib dan Muhyiddin. Esok penyangak lain pula akan sogok dan akan jual negara ini.

“Bolehkah kita pandang ringan rasuah?,” tambahnya. – 14 Ogos, 2020.


CHINA MERAH

DAN EJEN

CHINA MERAH

SEDANG MERESAP

MASUK

AMIN

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

22 tahun abam jd perdana menteri n presiden UMNO...hancur nya UMNO kerana rasuah.Apa abam buat dengan orang bawahnyer....Abam cuma tau julu pisang jer