Jumaat, 14 Ogos 2020

BERSATU JADI BERBARAI




WOW

RAMAI SOSOK

HEBAT HEBAT

CABUT DARI

BERSATU

AMIN

NAK MASUK

PARTI MANA ?




Selepas pimpinan Bersatu bahagian, 13 bekas calon PRU-14 pula ucap selamat tinggal

Selepas pimpinan akar umbi Bersatu mengisytiharkan keluar parti, giliran bekas calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pula menurut jejak sama.

Sebanyak 13 bekas calon terbabit terdiri daripada sembilan kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini mengumumkan keluar parti.
 
Bekas calon bertanding kerusi Parlimen itu ialah  Dr Mohd Faudzi Musa yang pada PRU14 bertanding di kerusi Parlimen Setiu, Terengganu; Azran Deraman (Jeli, Kelantan); Ir Wan Nazari Wan Jusoh (Besut, Terengganu); Profesor Dr Salihuddin Radin Sumadi (Pasir Salak, Perak); Mohamad Rafidee Hassim (Kuala Krau, Pahang).

Turut sama Norliza Ngadiman (Penggerang, Johor); Datuk Khairil Anuar Akhiruddin (Larut, Perak); Mohd Nor Hussin (Gua Musang, Kelantan); dan Amirul Fairuzzeen Jamaluddin (Lenggong, Perak).

Bekas calon kerusi DUN pula ialah Dr Che Ku Hashim Che Ku Mat (Kuala Besut, Terengganu); Kapten Wan Marzudi Wan Omar (Semerak, Kelantan); Dr Wan Zulkhairi Wan Md Zain (Tendong, Kelantan); dan Afif Syairol Abdul Rahim (Bebar, Pahang).
 
Mohd Faudzi yang mewakili kumpulan berkenaan dalam sidang media hari ini berkata, mereka akan bertindak sebagai ‘kumpulan pemerhati’ dan tidak akan menyertai mana-mana parti buat sementara waktu.

“Keputusan dibuat setelah mengambil kira pendapat suara akar umbi dan ia dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak,” katanya.

Dalam masa sama, mereka juga masih dalam perbincangan sama ada akan menyertai parti baharu bekas Perdana Menteri  Dr Mahathir Mohamad memandangkan Parti Pejuang Tanah Air belum ditubuhkan secara rasmi.


AWAS

NAMA ADA

RAMAI 

NAK  MASUK 

TAPI PARTI BARU

INI BELUM 

BERDAFTAR

AMIN

SOALAN HAKIKI

DAPATKAH PARTI

INI DIDAFTAR?

AMIN

Tiada ulasan: