Jumaat, 12 Februari 2021

AKAUN SULIT

 

WOIT

AKAUN SULIT INI

SAMALAH MACAM

SENJATA SULIT

KAH KAH KAH

TAK CAYA TANYA

AZILAH

KAH KAH KAH

TANYA SIRUL

AMIN



Annuar selar pemimpin tuduh Umno buka akaun rahsia

ANNUAR Musa mengecam pemimpin dari Bersatu dan parti lain kerana melemparkan tuduhan kepada Umno berhubung kenyataan akaun bank sulit.

“Akaun sulit Umno? Pemimpin Bersatu atau parti lain tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang bersifat tuduhan. Ia tidak membawa sebarang kebaikan,” kata bekas setiausaha agung Barisan Nasional itu melalui akaun Twitter beliau.

Annuar berkata sepanjang khidmatnya dalam Umno, parti itu tidak pernah membuat keputusan untuk membuka akaun sulit.

Pendedahan akaun bank rahsia yang wujud sejak 1988 itu muncul ketika prosiding mahkamah untuk saman pelucuthakan aset yang berkait dengan 1Malaysia Development Bhd.

Pihak pendakwa berkata kewujudan akaun yang tidak diaudit itu ditemui oleh polis semasa siasatan mereka.

Dilaporkan akaun itu dibuka di Southern Bank, yang kemudiannya diambil alih CIMB Bank pada 1988 oleh pemimpin parti Umno ketika itu.

Wang itu tidak pernah diisytiharkan dan dikatakan bertujuan untuk sumbangan politik.

Baru-baru ini, ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman mempersoalkan kewujudan akaun bank sulit, tidak disahkan dan tidak rasmi.

Beliau berkata pendedahan itu merupakan pengkhianatan terhadap perlembagaan parti dan ahli-ahlinya.

“Akaun bank yang tidak diisytiharkan (dan sumbangan politik yang tidak diaudit), jika terbukti berkaitan langsung dengan parti dan kepemimpinan mereka, adalah pelanggaran serius di bawah peraturan ROS,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Selain itu, transaksi sumbangan politik dari sumber yang terkait dengan skandal 1MDB itu menjadikan pemilik akaun berkenaan bertentangan dengan undang-undang, sekali gus merosakkan reputasi Umno secara tidak langsung. – 12 Februari, 2021.

KALAU BUKAN

AKAUN SULIT

POLIS JUMPA

PASTILAH

ITU AKUAN

BIK MAMA

KAH KAH KAH

AKAUN UNTUK

DANDAN RAMBUT

BIK MAMA

KAH KAH KAH



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hawauu betui tt. Sesak napas najib hari hari tt up pasal azilah. Asik keluar hal bunoh altantoya , hal sirul azilah boleh bikin najib gila woii. Tak caya lu taruk kaw2 berita ,persoalan, perjawapan penganalisaan dan segala mcam peng' pasal azilah dan sirul. Sebulan ini cerita keluar, sure najib saman.kahkahkahkahkah.