Jumaat, 12 Februari 2021

BERKHALWAT HARI KE 332

 


KHALWAT KE 332

JUMAAT 12/2/2021
KITA MASUK KE HARI 332
BERKHALWAT

DARURAT
HARI KE 31

HARI INI 
TAHUN BARU CINA
TAHUN LEMBU JANTAN

APA BOLEH BUAT
ADA KOBID
SEMUA MALAP

MALAM TADI
JAM 10 LEBIH
KUIL DENGAN RUMAH GUA
BAKAR MERCUN
ADUH
EZI DAN TAK TAK
JADI KELAM KABUT
GELISAH AMAT  GELISAH


JAM 12 TENGAH MALAM
SEKALI LAGI
MERCUN DIBAKAR

KESIAN EZI DAN TAK TAK
TELINGA MEREKA AMAT
SENSITIF

PAGI INI GUA MASUK HOKKIEN
YANG SUNYI DAN SENYAP
KEDENGARAN KUAT
SIMPONI CENGKERIK

KEMUDIAN BUNYI
HOW HOW
DAN BELATOK

MATAHARI DAH KELUAR
GUA PERHATIKAN
BANGUNAN BERKEMBAR PETRONAS
BERCAHAYA  DENGAN 
PANAHAN MATAHRI

PENTANG MUNGKIN HUJAN

DI LUAR KETIKA GUA MENGETIK
MURAI SIBUK
AH
SANG MURAI
MENCERIAKAN  HIDUP

BRO
MULAKAN DENGAN SENYUM
SAPERTI MURAI
MENYAMBUT PAGI

BRO
JANGAN RISAU
LU BOLEH MULAKAN
SEKALI LAGI
TAKDA SAPA LARANG

DETIK DETIK ITU
TAK DATANG DUA KALI
BILA BERTEMU
RAYAKAN

PENDEKAR YANG GAGAH
TAK PERNAH MARAH

MARI KITA CARI KEAJAIBAN
DALAM PEKARA KECIL

BRO
JALAN KE DEPAN
JAUH KE DEPAN
BILA SAMPAI DISITU
AKAN NAMPAK LAGI
KE DEPAN

IMPIAN DAN DIDIKASI
ADALAH
DUA KOMBINASI TERBAIK

BRO
CARI KAWAN KAWAN
KELILINGI  DIRI KITA
DENGAN KAWAN YANG
 BUATKAN LU
GEMBIRA

HANYA 
MAT BEBAL
YANG MENGETAHUI 
SEMUA PEKARA

KADANG KADANG
SATU PELOKAN
LEBIH BERMAKNA
DARI SERIBU KATA KATA

SEMUA ORANG
ADA BAB
TAPI  TAK DIBACA
UNTUK ORANG RAMAI

BRO
KAPAL ITU
AKAN SENTIASA SELAMAT
DI PERLABUHAN
TAPI ITU
BUKAN TUGAS KAPAL

BRO
APA YANG LU CARI
BUKAN DISITU
TAPI DALAM DIRI LU
AMIN

LAKUKANS EKARANG
LAKUKAN HARI INI

SELAMAT BERKHALWAT

Tiada ulasan: