Jumaat, 12 Februari 2021

SETUJU - KOBID SELAMATKAN MUHYIDIN

 

RAKYAT SETUJU 

RAKYAT TAHU

KOBID SELAMATKAN

MUHYIDIN

AMIN

SOALAN SEKARANG

APA NAK BUAT

AMIN

CAKAP AJE 

TAK GUNA 

AMIN

BERILAH 

CADANGAN

BAGAIMANA

NAK LAWAN KOBID

AMIN



Darurat digunakan untuk politik, bukan lawan Covid-19, kata Dzulkefli

KERAJAAN menggunakan darurat untuk kepentingan politik dan bukannya melawan Covid-19, kata bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefli Ahmad.

Bekas menteri kesihatan itu berkata kerajaan mempunyai kuasa mencukupi untuk menangani penyebaran virus yang sudah mencapai empat angka sejak akhir tahun lalu.

Beliau turut berkata Putrajaya boleh meminta bantuan hospital swasta dan pengamal perubatan swasta bagi mengekang virus tersebut tanpa menggunakan perintah darurat.

“Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit sudah cukup untuk mengawal penyakit ini,” kata ahli Parlimen Kuala Selangor itu kepada The Malaysian Insight.

“Sebaliknya, darurat digunakan untuk memendekkan tempoh masa kuarantin bagi menteri yang melakukan perjalanan ke luar negara,” kata Dzulkefly.

“Ini bertentangan dengan sains dan prinsip pengendalian penyakit berjangkit,” jelasnya lagi.

Beliau merujuk kepada pengumuman Menteri Kesihatan Dr Adham Baba pada Isnin yang anggota Kabinet hanya perlu dikuarantin selama tiga hari dan bukannya 10 hari wajib selepas mereka kembali dari luar negara.

Dalam warta Persekutuan, menteri yang pulang dari tugas rasmi di luar negara akan dikecualikan daripada Seksyen 15 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Perintah tersebut akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos 2021, iaitu sepanjang tempoh darurat.

Banyak kritikan terhadap kerajaan akibat keputusan tersebut kerana ia dianggap tidak berdasarkan sains atau kesihatan.

Mengulas alasan Putrajaya bahawa keadaan darurat akan membolehkan kerajaan persekutuan mengambil alih kemudahan hospital swasta bagi memerangi wabak itu, Dzulkefly berkata kerajaan tidak perlu bergantung dengan perintah darurat untuk tujuan tersebut.

“Kerajaan berkata ingin bekerjasama dengan sektor swasta untuk memerangi Covid-19. Tetapi pengamal am dan hospital swasta mengadu bahawa mereka telah dikecualikan dari kontrak aktiviti pengesanan (Covid-19), dan lain-lain.

“Seperti sekarang, hospital swasta memberitahu kerajaan yang mereka bersedia mengambil alih pesakit bukan Covid-19. Perkara ini telah dibincangkan sebelum ini,” kata ketua Pasukan Tindakan Khas Covid-19 Selangor itu.

Oleh itu, katanya, tiada keperluan untuk perintah darurat, tegasnya lagi.

“Sektor penjagaan kesihatan swasta bersedia membantu kerana ia adalah sebahagian daripada perkhidmatan nasional.”

Pada 11 Januari, Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ahmad Shah memberi perkenan kepada kerajaan untuk melaksanakan perintah darurat bagi mengatasi wabak koronavirus.

Darurat akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos depan. Namun ia boleh dibatalkan lebih awal jika jawatankuasa bebas mengesyorkan bahawa wabak itu terkawal.

Dalam keadaan darurat, kerajaan sivil tetap dikekalkan namun sidang Parlimen atau DUN tidak lagi dijalankan.

Pilihan raya juga tidak akan dilaksanakan, sementara peraturan ketenteraan dan perintah berkurung turut tidak diumumkan dalam perintah darurat tersebut.

Parti pembangkang mengecam kerajaan kerana menganggap perintah darurat tersebut adalah strategi Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai perdana menteri. – 12 Februari, 2021.

APA DASAR

PASCA KOBID

AMIN

BAGAIMANA RENTAK

EKONOMI

PASCA KOBID

AMIN

DARURAT 

BERTERUSAN

AMIN

KENAPA TAK GUNAKAN

MASA 8 BULAN INI

UNTUK 

BUAT  DASAR

AMIN

MEBEBEL TAK GUNA

AMIN

RAKYAT NAK TENGOK DASAR RACANGAN

PASCA  KOBID

KHALAS



2 ulasan:

capt salai berkata...

Mat kobid bkn selamatkan muidin je..mat kobid slmtkn ramai rakyat mesia dari mati kemalangan masa cuti2 perayaan..xde lagi dengar satu keluarga mati kemalangan dlm perjalanan pulang beraya..anak jd yatim piatu sbb mak ayh mati nahas jalan raya semasa cuti perayaan ...aminn..welcome mad kobid xde lagi mad kobid bg mati satu keluarga

Tanpa Nama berkata...

Maksudnya abam,teresa,kit siang pun boleh kuarantin 3 hari sajakan? Awas mereka pro tokay supermarket.