Khamis, 23 Disember 2021

BERGERAK ANTI CHINA MERAH TAK PERLU JADI YB

 



MENGGERAK 

KEMPEN ANTI 

CHINA MERAH

TAK PERLU JADI YB

AMIN

YANG DIPERLUKAN

PENYEBARAN

PENCERAHAN 

TERUS MENERUS 

TANPA HENTI

KHALAS

Unknown commented on 

"AMERIKA : 

MUSUH KEPADA MUSUH KITA

 IALAH KAWAN KITA"

Musuh Kepada Musuh Kita Ialah Kawan kita, itulah ungkapan yang sering dan berulangkali digunakan oleh Enche' TT ni. Rasanya tak perlu berdebat dengan dia hal kemarahannya terhadap China Merah sebab pikirannya dah bagai dirasuk tidak akan berubah selagi dia masih terpengaruh dengan video-video propaganda Barat yang bertambah hebat mwmpromisi agenda Anti China Merah tajaan Antu Setan Dunia Yankee Dodo yang semakin hari semakin bertambah ketakutanya akan kehilangan kekuasaan dunia termasuk lah USD sebagai mata wang perdagangan dan tukaran utama dunia yang mu gkin diambilalih oleh Yuan China Merah. 



Kehilangan kuasa ini bererti kehilangan kebebasan Yankee Dodo mengawal dunia melalui mata wang USD dan hutangnya yang begitu banyak kepada China Merah termasuk asset China Merah yang begitu banyak dalam negara Pakcik Sam itu. Yankee Dodo cuba mengulangi tindakannya ke atas Soviet Union dengan harapan China Merah akan berpecah seperti Soviet Union. Jadi heran apa yang telah berlaku di Hong Kong, Taiwan, Myanmar, Jepun, Korea Selatan, Filipina, Indonesia, Afganistan dll. Dalang dibelakangnya ialah antu Yankee Dodo ni. Tak nak salahkan Apanama di atas itu menuduh Enche TT dah terina suapan geng Yankee Dodo. 



Apa pun, kemuskikannya ialah Enche TT ini ada sejarah dendam tak abis terhadap China Merah yang menyebabkan dia bersikap hyper anti China Merah. Apakah kerana almarahnya kepada China Merah yang tak abis tu mendorobgnya melalak menyalak tak renti-renti untuk mendapatkan sokongan anti China Merah sehingga video - video anti China Merah yang tiada keabsahan kebenarannya dimainkan sana sini. Tak ke manalah lalakan salakan Enche TT kecuali pi join Siti Kasim dan gengnya masuk bertanding dalam PRU15.. Bila menang boleh ko melalak dalam parlimen, baru lebih ramai amik perhatian. Lebih baik, nanti ikut perangai ART Harun tu jadi katak lompat dan dapat title dan lalak anti China Merah akan menjadi lebih berkesan. Masa itu musuh Yankee Dodo tu atau BoJo akan datang memperlawa masuk geng lawan China Merah.. tercapai lah slogan Musuh kepada musuh kita kawan kita...

Tiada ulasan: