Khamis, 23 Disember 2021

MARI BUAT BAIK

 



Air mula surut tapi masih ramai mangsa lapar, kata NGO

BIARPUN air mula surut, masih ramai lagi mangsa banjir yang kelaparan dan memerlukan bantuan bekalan makanan, kata badan bukan kerajaan NGO.

Pengawai Operasi NGO Nurani Relief, Fakrulrazi Jamaludin berkata boleh dikatakan setiap hari badan kebajikan itu menerima rayuan dari mangsa banjir yang meminta bantuan makanan.

“Memang setiap hari, biarpun air dah mula surut… Mereka memerlukan bantuan makanan disebabkan terkandas di rumah ini menghadapi masalah bekalan air bersih dan elektrik.

“Nak masak pun tidak boleh. Rumah tenggelam, barang-barang rosak, nak beli sangat terhad jadi inilah isu yang mangsa banjir hadapi ketika ini,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Fakrulrazi berkata sejak Sabtu lalu, NGO tersebut tidak putus-putus menghantar bukan sahaja bekalan makanan namun barang bantuan lain.

“Macam NGO kami ada rangkaian komuniti di setiap tempat, contoh di KL kita ada enam komuniti seperti di Chow Kit, Cheras, Selayang.

“Jadi setiap wakil komuniti kita akan kumpul di Ampang untuk masak dan dari situ hantar bekalan makanan di tempat terjejas,” katanya yang turut mengagihkan tuala wanita dan keperluan lain.

Beliau memberi contoh, sebanyak 200 hingga 300 bungkusan dihantar ke setiap lokasi di Hulu Langat, Taman Sri Muda dan Puchong, antara kawasan paling teruk terjejas banjir.

Fakrulrazi berkata usaha NGO seperti Nurani Relief bergantung kepada permintaan namun biasanya mengutamakan kawasan warga tak berumah seperti di Kapar dan Chow Kit.

“Di mana saja yang maklum minta bantuan di situ lah kita akan masuk. Tapi yang kami konsisten tetap beri makanan adalah di Kapar dan Chow Kit.

“Fokus kita kepada gelandangan juga sempat tempat mereka tenggelam kerana banjir.

“Jadi kita dah pergi dan bersihkan tempat mereka dan kita konsisten menghantar makanan pagi dan malam untuk gelandangan,” katanya.

Angkatan Belia Malaysia (Abim) pula memberitahu, ramai pihak mencari mereka untuk mendapatkan pertolongan usaha itu sukar kerana kekangan sumber, tenaga dan akses jalan.

Yang Dipertua Abim Pahang Abdul Aziz Abd Rahman berkata mereka hanya dapat menggerakkan 60 ahli untuk mengagihkan bantuan di setiap daerah yang terjejas.

“Abim terima banyak mesej minta bantuan makanan, maknanya semalam keperluan paling mendesak adalah makanan.

“Tapi disebabkan banyak jalan yang tak boleh lalu kerana banjir jadi sangat sukarlah,” katanya sewaktu lebih 61,000 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan di Selangor dan Pahang.

Katanya, Abim Pahang mengagihkan sumbangan seperti pek makana, kit penjagaan diri, ubatan telah diagihkan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Abim kini berusaha melakukan misi pascabanjir bagi kerja-kerja pembersihan memandangkan air mula surut di sekitar Pahang sejak Isnin.

Di sekitar Klang, antara kawasan paling teruk terjejas, pemilik kedai Syarafiq Abd Samad berkata mereka memberi bantuan sekadar termampu kerana begitu ramai mangsa dalam keadaan terdesak.

Syarafiq, 31 berkata, beliau menyumbang makanan kepada mangsa banjir yang berlindung di PPS SK Binjai dan SMK Meru.

“Saya kira bernasib baik sebab rumah dan kedai tidak banjir. Hari Sabtu itu bila kita tengok keadaan teruk  memang  keluarga dah siap sedia di kedai untuk sediakan 100 pek makanan.

“Selepas kami dapat tahu lokasi pusat penempatan sementara dalam jam 8 terus kita agihkan di situ,” katanya turut mengagihkan lampin pakai buang bagi warga emas.

Syarafiq berkata keadaan penduduk terputus bekalan makanan agak kritikal kerana kelewatan bantuan dari luar memandangkan laluan terputus kerana dinaiki air banjir.

“Memang masa itu semua dalam keadaan terkejut dan saya dan keluarga sebenarnya sebak kerana kita lihat ramai tidak pentingkan diri biarpun keadaan susah.

“Sebab kami antara terawal hantar bantuan jadi memang nampaklah mangsa ini betul- betul lapar yang kita tak tahu berapa lama terkandas tanpa makanan dan minuman.

“Dan masa itu tak ada lagi makanan di sediakan di PPS (pusat pemindahan sementara), jadi seratus peratus bergantung kepada penduduk sekitar dan alhamdullilah semuanya membantu,” katanya.

Mangsa di kawasan terjejas teruk di Klang dan Shah Alam terpaksa merayu melalui media sosial selepas gagal diselamatkan apabila banjir semakin buruk, hujung minggu lalu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob semalam mengakui bantuan lewat disalurkan, namun menegaskan semua pihak bertanggungjawab untuk memastikannya tidak berulang.

Tiada mana-mana pihak patut dipersalahkan atas masalah penyelarasan atau usaha menyelamat katanya yang menambah masalah di Selangor berpunca daripada beberapa faktor. – 23 Disember, 2021.

MARI KITA

BUAT BAIK

AMIN

 POLITIKUS

TOLONG NAK

PANCING UNDI

AMIN

NGO HANYA

BERI BANTUAN

TAK PERLU

UNDI

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dalam masa NGO sibuk membantu, isu halal haram muncul lagi, masa darurat Pon isu ini menjadi bualan mukut ramai, kalau tengok lah yang tampil ke depan mula membantu ini semua bukan Islam, Tqbung Haji mana, tanah wakaf mana, pekida mana pukipim mana tiga line mana hilang,gangster melayu mana pejuang Melayu perkasa mana,mana mamat pejuang pejuang Islam Palestine mana pejuang jihad semua kat mana ? Ada turun bantu, selalu minta derma dermi Dari Islam mana hilang? Parti pas mana, selelu hulur tanbung, duit tabung ke mana, kah kah kah kalau tak boleh buat sendiri jangan Hina orang yang yang buat bantu masa susah, masa susah tak payah kira agama bangsa isle atau tidak, semua orang negaraku tahu Melayu tak makan babi, semua tahu Melayu suka makan rasuah saja, satu haram satu halal kah kah kah syukur amin

panglimo potaseh berkata...

Apa kata kita mintak TaT yang munggut derma ontok bikin paip kat Kambuja ..mintak pula punggut derma untuk mangsa banjir kat Tanah Melayu. Kahkahkah ..kiri-kanan balon ..kiri-kanan ngalir pahala ..nanti di syurga kiri-kanan, dopan-bulakang di asak oley Bidadaree iras putih Arab ..TaT ngapa takde Bidadaree yang itam legam ..