Rabu, 27 April 2022

AL-FATIHAH

 



Nagaenthran dihukum gantung pagi ini


SINGAPURA melaksanakan hukuman mati terhadap Nagaenthran Dharmalingam pagi ini, kata adik mendiang, Navin Kumar.

Navin berkata mayat abangnya akan dibawa pulang ke Ipoh hari ini.

Nagaenthran, 34, yang menunggu hukuman mati sejak lebih sedekad lalu, hanya mempunyai paras IQ 69, lebih rendah daripada skor purata untuk melayakkan seseorang individu dianggap tidak mempunyai kemampuan intelektual.

Dia ditahan pada 2009 dan dijatuhi hukuman gantung pada 2011 mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah kerana mengimport 42.7 gram diamorfin.

Nagaenthran ditahan dengan sejumlah heroin diikat di pahanya ketika memasuki republic itu dari Malaysia melalui laluan imigresen di Woodlands pada April 2009.

Dia pada awalnya dijadualkan menjalani hukuman pada November tahun lalu tetapi keputusan itu mencetuskan kritikan kerana beliau kurang upaya dan peguamnya mencabar keputusan itu di mahkamah rayuan. – 27 April, 2022.

AL- FATIHAH

Tiada ulasan: