Sudah boleh bersalaman, rumah terbuka Aidilfitri dibenarkan
PUTRAJAYA – Mesyuarat Kabinet hari ini membenarkan aktiviti bersalaman ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, minggu depan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
“(Aktiviti) Salam dibenarkan tetapi sentiasa mencuci atau membersihkan tangan dan jangan sentuh muka selepas bersalaman,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini.
Kebenaran itu berkuat kuasa 1 Mei ini.
Dalam pada itu, KKM turut menggariskan beberapa protokol sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kelak.
Antaranya membenarkan takbir hari raya di masjid-masjid dan surau-surau serta boleh dibuat di rumah dengan syarakt memakai pelitup muka.
“Individu positif Covid-19 dilarang untuk menyertai aktiviti takbir raya dan hanya individu tanpa gejala dan lengkap vaksinasi digalakkan untuk menyertainya,” katanya.
Dalam pada itu, solat sunat Aidilfitri dibenarkan dengan kapasiti penuh dan dengan syarat memakai pelitup muka.
Ziarah dan jamuan Aidilfitri juga dibenarkan dengan syarat memakai pemakaian pelitup muka namun pesakit Covid-19 tidak dibenarkan hadir.
Selain itu, ziarah tanah perkuburan turut dibenarkan.
Menurutnya, ketetapan ini termaktub bagi acara rumah terbuka di dalam dan di luar bangunan.
1 ulasan:
Sekarang ziarah kubur dibenarkan...Sebelum tu tak boleh ziarah kubur sebab takut bersesak-sesak macam beli tiket bola...kah..kah...bangang punya arahan ni !!!!!!!
Catat Ulasan