Rabu, 27 April 2022

BEKAS PM BEKAS TIMBILAN PM BERGADUH

 



Dr Mahathir tegas bercakap benar tentang Zahid, kata peguam

DR Mahathir Mohamad berpegang teguh pada kenyataannya bahawa Ahmad Zahid Hamidi meminta bantuan berhubung kes rasuahnya, kata peguam bekas perdana menteri itu hari ini.

Mior Haidir dalam satu kenyataan berkata Dr Mahathir akan melawan saman fitnah Zahid terhadapnya.

“Dr Mahathir menafikan semua dakwaan dan tuntutan fitnah yang dibuat oleh plaintif (Zahid).

“Ingin dimaklumkan di sini bahawa anak guam kami tidak berganjak bahawa kenyataan yang telah dinyatakan oleh beliau adalah benar dan memelihara hak beliau untuk memfailkan tuntutan balas jika perlu di Mahkamah kelak,” katanya.

Awal hari ini dilaporkan Presiden Umno Zahid memfailkan saman fitnah terhadap Dr Mahathir minggu lepas.

Dalam tuntutan samannya Zahid memohon injunksi untuk menghalang Dr Mahathir mengulangi dakwaan serta menuntut ganti rugi teruk, am dan teladan.

Injunksi itu akan didengar pada 17 Jun selepas mahkamah akan menjalankan pengurusan kes saman undang-undang itu.

Saman itu susulan sidang media oleh Dr Mahathir pada 23 Februari apabila beliau berkata Zahid menemuinya di rumah bagi mendapatkan bantuan selepas pilihan raya umum 2018.

“Pada masa itu ada kemungkinan saya menjadi perdana menteri sebab itu dia mahu ‘berbaik’ dengan saya.

“Tetapi saya tahu ada kemungkinan Zahid boleh dipenjarakan kerana kesalahan dan jenayah yang dilakukannya,” Dr Mahathir dipetik sebagai berkata ketika itu.

Zahid dalam saman fitnahnya mendakwa kenyataan Dr Mahathir adalah tidak benar, tidak wajar, tidak berasas dan jahat.

Beliau mendakwa perkataan itu bermakna beliau menggunakan jalan pintas untuk menyelesaikan kes jenayahnya untuk kepentingan peribadi.

Zahid dibicarakan atas sejumlah 80 pertuduhan rasuah di mahkamah Kuala Lumpur dan Shah Alam. – 27 April, 2022.

ZAHID LAWAN

MADEY

KAH KAH KAH

INI AKAN

JADI KES

AMAT MENRIK

KAH KAH KAH

BEKAS TPM

SAMAN BEKAS PM

KAH KAH KAH

BUKA SEMUA

KESAH 

KAH KAH KAH

BOGEL KIRI

BOGEL KANAN

BAGI RAKYAT

GEMBIRA

KAU KAU

KHALAS

Tiada ulasan: